Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Siti Nur Fatini Zulaika Dapat Hadiah Kereta Mini Cooper Cemerlang 5A UPSR

2 comments
Siti Nur Fatini Zulaika Dapat Hadiah Kereta Mini Cooper Cemerlang 5A UPSR

Anak pembekal ayam di Kota Bharu iaitu Siti Nur Fatini Zulaika Zukila merupakan murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1 mencapai keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran UPSR.

Dia terkejut dan gembira mendapat hadiah kereta Mini Cooper daripada bapanya iaitu Zukila Deraman berumur 36 tahun dan ibunya bernama Nor Aishah Mahmud berumur 31 tahun.

Anak sulung daripada empat beradik bercita-cita menjadi juruterbang dan bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara.
Read More

Peluang Kaki Pancing Menang Hadiah RM50,000

Leave a Comment

Peluang Kaki Pancing Menang Hadiah RM50,000

Hadiah bernilai lebih RM50,000 menanti para peserta pertandingan memancing Karnival Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Pantai Remis Ahad ini.

Ianya anjuran MDSB dengan kerjasama Wakjali Event Management menawarkan hadiah wang tunai untuk juara bernilai RM30,000 manakala kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000.

Pemenang tempat keempat hingga ke-10 bakal menerima RM200 manakala ke-11 hingga ke-30 akan membawa pulang RM100 serta hadiah iringan.

Yuran penyertaan ialah RM80 satu joran dan kaunter pendaftaran dibuka di Pantai Remis bermula jam 2 petang Sabtu ini hingga hari pertandingan.

Pertandingan memancing itu bermula dari jam 11.30 pagi hingga 4 petang dan 10 hadiah cabutan bertuah serta dua cabutan bonanza TV LCD 32 inci menanti.

Artikel Hangat Terkini :



Read More