Showing posts with label Nikah. Show all posts
Showing posts with label Nikah. Show all posts

Rozita Che Wan Sah Isteri Zain Saidin

Leave a Comment
Rozita Che Wan Sah Isteri Zain Saidin

Rozita Che Wan berumur 40 tahun dan Zain Saidin berumur 29 tahun selamat bernikah jam 9 malam dengan sekali lafaz berwalikan adik lelakinya Roshidi Che Wan.

Mereka telah pun dinikahkan Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor iaitu Ustaz Alwi Parman.

Majlis ini berlangsung di Setia City Convention Center dimeriahkan dengan 200 tetamu daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan media.

Che Ta menerima mas kahwin RM9300, wang hantaran RM23200 dan cincin nikah RM93000.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran dan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran.
Read More

Zain Saidin dan Rozita Che Wan Bernikah 11 Disember 2013

Leave a Comment
Zain Saidin dan Rozita Che Wan Bernikah 11 Disember 2013
Pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan akan bernikah pada 11 Disember 2013.

Majlis pernikahan akan diadakan di Gazebo SCCC pada pukul 7.30 malam dan majlis resepsi pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom SCCC bermula pukul 8 malam.
Read More

Diana Amir Bernikah Dengan Pensyarah Mohd Habib Bullah

Leave a Comment
Diana Amir Bernikah Dengan Pensyarah Mohd Habib Bullah

Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir berumur 27 tahun dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman berumur 26 tahun telah sah bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pelakon Diana Amir sah menjadi isteri kepada Habib yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000 tanpa wang dan dulang hantaran.
Read More

Ashraf Muslim Nikah Kali Kedua Dengan Wan Sakinah

Leave a Comment
Ashraf Muslim Nikah Kali Kedua Dengan Wan Sakinah

Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim menarik balik permohonan kebenaran poligami kerana telah bernikah kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013.

Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab telah mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman.
Read More

Pierre Andre Nikah Jun 2013

Leave a Comment

Pierre Andre Nikah Jun 2013

Pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Pierre Andre atau Mohd Pierre Andre Nazrul Andre berumur 28 tahun tidak mahu menunggu lama dan memilih Jun 2013 untuk melangsungkan perkahwinannya.

Dia tidak mahu melengahkan pernikahan dengan tunangnya iaitu Siti Nurhidayah Hashim berumur 25 tahun kerana ingin menggelakkan fitnah.

Dia hendak bernikah secepat mungkin supaya hubungan mereka tidak diperkatakan.

Majlis resepsi pula akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Read More