Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2015 ini dapat digunakan oleh semua kakitangan awam bagi merancang segala aktiviti pada tahun 2015. Tambahan pula, belanjawan terkini bagi setiap keluarga dapat dijalankan supaya dapat mengimbangi dengan kos sara hidup yang tinggi. Semoga semua kakitangan awam dapat bekerja dengan lebih efisyen dan berdaya saing demi pembangunan negara Malaysia.
Pembayaran BR1M Bermula 15 Januari 2015
Keadaan banjir yang berlaku pada sekarang ini telah menyebabkan kerajaan bertindak untuk mencepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dilakukan pada 15 Januari 2015.
Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dan keutamaan akan diberikan kepada penerima dari negeri-negeri yang telah dilanda banjir.
Kerajaan memahami akan kesulitan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir dan akan bertindak secara aktif dalam membantu dengan cara memcepatkan pembayaran BR1M tersebut.
Kemaskni tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan Portal Rasmi BR1M iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my atau pun melalui cawangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Diskaun Tol 10 Peratus di Lebuhraya Pantai Timur Sempena Krismas
December 24, 2014
Diskaun,
Gombak,
Jabor,
Lebuhraya Pantai Timur,
SmartTag,
Tol,
Touch 'n Go
1 comment
Pengguna Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bakal memperolehi diskaun tol pada kadar 10 peratus selaras dengan Hari Krismas pada hari Khamis minggu ini.
LPT adalah bermula dari kawasan Gombak di Lembah Klang yang berakhir di Jabor, Terengganu.
Diskaun yang diberikan bakal bermula dari pukul 12.01 pagi sehingga pukul 11.59 malam pada Khamis ini.
Perkara ini merupakan salah satu promosi kepada pengguna lebuh raya untuk membayar tol secara elektronik. Semoga semua pengguna lebuh raya berhati-hati dan dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
Pertandingan Memancing GP Selangor Taman Tasik Shah Alam
Pertandingan Memancing GP Selangor di Taman Tasik Shah Alam bakal memberikan hadiah lumayan yang bernilai lebih daripada RM 100,00 pada 21 Disember 2014.
Tambahan pula, ikan sebanyak satu tan telah pun dilepaskan di Tasik Shah Alam sebagai tambahan kepada ikan-ikan yang sedia ada.
Forum memancing juga akan diadakan pada hari Sabtu malam dan acara untuk kanak-kanak juga diadakan.
Pertandingan ini juga turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bakal juara akan mendapat hadiah bernilai RM 40,000 dan juga akan memenangi Proton Saga. Tempat kedua akan mendapat RM 8,000 dan tempat ketiga akan mendapat RM 3,000.
Seterusnya, tempat keempat sehingga ke 10 masing-masing akan menerima RM 1,000. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 60. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Rosli Che Mat di talian 013-3838655.
Jadual Lengkap Undian Bola Sepak Piala FA 2015
Jadual Lengkap Undian Piala FA 2015 telah pun diadakan sebelum ini. Beberapa perlawanan yang menarik bakal terjadi pada pusingan pertama bermula Februari 2015 contohnya seperti perlawanan di antara Pahang dengan JDT.
FAM telah menetapkan format pertandingan yang baru dengan juara dan naib juara juga mesti bersaing dalam pusingan pertama.
Format kalah mati masih lagi dikekalkan bagi pusingan awal kejohanan dan aksi timbal balik akan berlaku pada peringkat suku akhir dan separuh akhir.
Keputusan penuh undian Piala FA 2015:
Pahang lwn JDT
Pulau Pinang Sungai Ara FC lwn MISC-MIFA
Negeri Sembilan lwn UiTM FC
Penang lwn Perlis
PBAPP FC lwn Sime Darby FC
PDRM FA lwn Sabah
Sarawak lwn Kelantan
MOF FC lwn Harimau Muda C/Kuala Lumpur
FUFC lwn Selangor
Melaka United FC lwn Terengganu
Shahzan Muda lwn Perak
T-Team lwn ATM
Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah lwn Lions XII
SPA Putrajaya FC lwn Kuantan FA
Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) lwn Kedah
JDT II lwn DRB-Hicom FC/Selangor PKNS FC
Park Ji Sung Duta Global Syarikat Penerbangan Air Asia
AirAsia Bhd telah melakukan perkara yang terbaik dengan melantik ikon bola sepak Korea Selatan iaitu Park Ji-sung yang merupakan bekas bintang bola sepak Kelab Manchester United sebagai duta global yang baru.
Pelantikan ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tersebut iaitu Tan Sri Tony Fernandes.
Park bakal muncul dalam banyak kempen dan acara syarikat yang melibatkan AirAsia di pelbagai tempat.
Kerjasama ini bakal dijalankan selama setahun dan turut sama dilancarkan sebuah pesawat Airbus A300 yang memaparkan wajah bintang bola sepak tersebut.
Pesawat tersebut telah pun memulakan operasi yang terbang melalui rangkaian AirAsia X di Malaysia, Korea, Jepun, Australia, China, Taiwan, Sri Lanka dan Arab Saudi.
Park Ji-sung menyatakan bahawa ini merupakan pengalaman yang berharga kerana dapat bekerjasama dengan Tan Sri Tony Fernandes melalui syarikat penerbangan AirAsia.
Tiada Caj 1 Peratus PTPTN Buat Pelajar Anak Terengganu Mulai 2015
December 08, 2014
Menteri Besar,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
PTPTN,
Terengganu
Leave a Comment
Perkara ini yang mesti ditunggu-tunggu oleh bakal peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional seluruh negara. Kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif yang tersendiri dengan bakal menampung bayaran caj pengurusan 1 peratus yang dikenakan oleh PTPTN bagi setiap pelajar yang merupakan anak negeri tersebut yang akan memasuki institusi-institusi pengajian tinggi mulai tahun 2015.
Menurut Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, setiap pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN tersebut tidak akan lagi dikenakan caj 1 peratus seperti sekarang.
Ianya dilaksanakan rentetan daripada pertemuan dengan para pelajar Terengganu di universiti-universiti tempatan yang terbeban dengan kos sara hidup. Justeru, ianya diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu semasa membentangkan Bajet Negeri Terengganu 2015 semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman.
Malaysia Naib Juara Skuasy Berpasukan Wanita Dunia
Negara Malaysia telah pun gagal untuk menjadi juara Skuasy Berpasukan Wanita Dunia setelah kalah kepada pasukan England.
Perlawanan yang sengit ini berlaku di Mark Sachvie Squash Centre, Ontario, Kanada di mana Malaysia kalah 1-2 kepada England.
Sarah-Jane Perry mengalahkan Delia Arnold 11-8, 11-9 dan 11-7 untuk mata pertama England dan seterusnya Nicol David menyamakan kedudukan dengan menewaskan Laura Massaro dengan 11-8, 11-9 dan 11-3.
Walaupun begitu, Low Wee Wern tidak dapat memberikan mata kedua buat Malaysia apabila kalah kepada Alison Waters 8-11, 7-11, 11-8 dan 4-11 dalam perlawanan penentuan.
Ini adalah kejuaraan ketujuh England selepas memenanginya pada tahun 1985, 1987, 1989, 1990, 2000 dan 2006.
Petrol RON95 Turun 4 Sen Kepada RM 2.26 Seliter
Harga minyak petrol dan diesel mengalami perubahan yang terkini pada 1 Disember 2014. Harga runcit petrol RON 95 telah dikurangkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM 2.26 seliter.
Tambahan pula, harga jualan runcit RON 97 juga telah dikurangkan sebanak 9 sen seliter kepada RM 2.46 seliter. Harga runcit diesel pula dinaikkan sebanyak 3 sen seliter kepada RM 2.23 seliter.
Perkara yang mesti diketahui umum ialah harga ini berkuat kuasa hanya untuk bulan Disember sahaja. Perkembangan pasaran harga minyak mentah dunia akan diikuti untuk menentukan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.