Showing posts with label Diskaun. Show all posts
Showing posts with label Diskaun. Show all posts

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 Tawar Diskaun 80 Peratus

1 comment
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Pesta buku merupakan satu program yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggemar buku di seluruh negara Malaysia. Ada pengunjung yang sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk mendapatkan buku-buku yang diminati dengan harga yang lebih murah.

Sehubungan dengan itu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 telah pun diadakan bermula daripada 24 April sehingga 3 Mei 2015. Lebih kurang 20,000 jumlah judul buku yang dijual ini yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Berita baiknya melalui program ini banyak diskaun diberikan antaranya bermula daripada 10 sehingga 80 peratus diskaun. Pengunjung-pengunjung terutamanya kepada golongan pelajar memang sangat digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk mendapatkan buku-buku keperluan di PBAKL 2015 ini.

Pengedar-pengedar buku yang menyertai program ini sememangnya terbaik kerana mampu untuk memberikan diskaun sehingga 80 peratus dan ini menggalakkan lagi kadar pembacaan rakyat Malaysia pada setiap tahun. 

Perkara ini dapat melahirkan rakyat yang celik ilmu dan dapat menyumbang sesuatu kepada negara melalui idea-idea yang kreatif dan inovatif untuk memajukan negara Malaysia ke persada antarabangsa. Buku-buku yang dijual di sini dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST). Semua pihak yang menjayakan program ini berharap semua rakyat Malaysia dapat menggunakan kesempatan ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan di dalam diri masing-masing.
Read More

Diskaun Tol 10 Peratus di Lebuhraya Pantai Timur Sempena Krismas

1 comment
Diskaun Tol 10 Peratus di Lebuhraya Pantai Timur Sempena Krismas

Pengguna Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bakal memperolehi diskaun tol pada kadar 10 peratus selaras dengan Hari Krismas pada hari Khamis minggu ini.

LPT adalah bermula dari kawasan Gombak di Lembah Klang yang berakhir di Jabor, Terengganu.

Diskaun yang diberikan bakal bermula dari pukul 12.01 pagi sehingga pukul 11.59 malam pada Khamis ini.

Perkara ini merupakan salah satu promosi kepada pengguna lebuh raya untuk membayar tol secara elektronik. Semoga semua pengguna lebuh raya berhati-hati dan dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
Read More

Diskaun 10 peratus Lebuhraya Pantai Timur Sempena Krismas Bagi Pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag

Leave a Comment
Diskaun 10 peratus Lebuhraya Pantai Timur Sempena Krismas Bagi Pengguna Touch ‘n Go

Diskaun sebanyak 10 peratus bayaran tol bakal ditawarkan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada Hari Krismas bagi pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag sahaja.

LPT ini bermula dari Gombak di lebuh raya Kuala Lumpur–Karak dan tamat di Jabor, Terengganu.
Read More