Showing posts with label Syarikat. Show all posts
Showing posts with label Syarikat. Show all posts

Negara Perancis Larang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat

Leave a Comment
Negara Perancis Larang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat

Berita gembira buat pekerja-pekerja di negara Perancis apabila Negara Perancis Larang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat di mana perkara yang dilakukan adalah sangat tepat.

Pekerja-pekerja berasa lega kerana undang-undang baharu ini telah melarang para majikan mengganggu pekerja selepas waktu pejabat.

Tambahan pula, undang-undang ini buat pertama kali diperkenalkan pada bulan Mei 2016 di mana syarikat-syarikat yang mempunyai lebih 50 pekerja tidak memberi gangguan kepada pekerja dengan panggilan telefon atau emel selepas waktu pejabat atau pun semasa cuti.

Selain itu, pihak-pihak tertentu telah menyatakan bahawa pekerja masih lagi diwajibkan untuk menjawab emel syarikat ketika berada di luar waktu pejabat.

Negara Perancis melakukan sedemikian kerana pekerja telah membuat aduan bahawa mereka tidak dibayar dengan sewajarnya bagi kerja lebih masa. Pekerja juga terbabit dengan keadaan tekanan, masalah tidur yang membimbangkan dan juga hubungan kekeluargaan yang mempunyai masalah.

Negara Perancis Larang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pekerja tanpa mempunyai sebarang protes.
Read More

Park Ji Sung Duta Global Syarikat Penerbangan Air Asia

2 comments
Park Ji Sung Duta Global Syarikat Penerbangan Air Asia

AirAsia Bhd telah melakukan perkara yang terbaik dengan melantik ikon bola sepak Korea Selatan iaitu Park Ji-sung yang merupakan bekas bintang bola sepak Kelab Manchester United sebagai duta global yang baru.

Pelantikan ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tersebut iaitu Tan Sri Tony Fernandes.

Park bakal muncul dalam banyak kempen dan acara syarikat yang melibatkan AirAsia di pelbagai tempat.

Kerjasama ini bakal dijalankan selama setahun dan turut sama dilancarkan sebuah pesawat Airbus A300 yang memaparkan wajah bintang bola sepak tersebut.
   
Pesawat tersebut telah pun memulakan operasi yang terbang melalui rangkaian AirAsia X di Malaysia, Korea, Jepun, Australia, China, Taiwan, Sri Lanka dan Arab Saudi.

Park Ji-sung menyatakan bahawa ini merupakan pengalaman yang berharga kerana dapat bekerjasama dengan Tan Sri Tony Fernandes melalui syarikat penerbangan AirAsia.
Read More