Asics Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 16 November 2014

Leave a Comment
Asics Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 16 November 2014

Seramai 62,000 sudah pun membuat pendaftaran bagi menyertai Asics Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2014 yang bakal diadakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 16 November 2014.
    
Sasaran 70,000 pelari mungkin dapat dicapai yang dapat mengatasi rekod tahun lepas seramai 50,000 peserta. Rekod dunia bakal dicipta iaitu maraton terpanjang di jambatan sejauh 24 kilometer.
    
Acara maraton dibahagi kepada lima kategori iaitu maraton penuh lelaki dan wanita sejauh 42.195km, separuh maraton lelaki dan wanita sejauh 21km, 10km lelaki dan wanita, 10km remaja lelaki dan perempuan serta 'Fun Run'.
Read More

Hannah John Terkejut 80 Labah-labah Dalam Pisang

Leave a Comment
Hannah John Terkejut 80 Labah-labah Dalam Pisang

Remaja bernama Hannah John yang berumur 17 tahun terkejut apabila pisang yang hendak dimakan mempunyai lebih kurang 80 labah-labah kecil di dalamnya.

Pisang tersebut merupakan bekalan sarapan pagi yang dibawa dari rumah ke sekolah di mana ianya merupakan snek sihat untuk dimakan di dalam kelas.

Remaja tersebut terkejut dan menjerit ketakutan apabila melihat labah-labah berada di dalam pisang.

Lebih kurang 80 labah-labah kecil yang hidup berada di satu lubang kecil di dalam pisang tersebut.
Read More

Zed Zaidi Kekal Jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia

1 comment
Zed Zaidi Kekal Jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia

Zed Zadi yang merupakan seorang pelakon telah berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas menewaskan dua calon semasa Mesyuarat Agung Ke-14.

Beliau telah mengalahkan Datuk Mustapha Maarof dan Afdlin Shauki dengan mendapat 109 undi. Datuk Mustapha memperolehi 71 undi manakala Afdlin hanya mendapat 66 undi.

AGM 14 diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Hulu Klang, Selangor berlaku dalam keadaan yang tegang sebelum sesi pemilihan dibuat.
Read More

Mat Razi Calon BN Menang PRK Pengkalan Kubor

Leave a Comment
Mat Razi Calon BN Menang PRK Pengkalan Kubor

Barisan Nasional telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor seterusnya berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan keputusan yang diumumkan pada malam ini.

Calon BN iaitu Mat Razi Mat Ail telah memenanginya dengan majoriti besar sebanyak 2,635 undi yang menewaskan calon Pas iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Mat Razi telah memperolehi 9,961 undi, Wan Rosdi 7,326 undi manakala Izar Bukhary hanya mendapat 38 undi.
Read More

Pesawat Angkasa Mangalyaan Negara India Tiba di Planet Marikh

Leave a Comment
Pesawat Angkasa Mangalyaan Negara India Tiba di Planet Marikh

Negara India telah mencatat sejarah dengan menjadi negara Asia pertama dapat sampai di planet Marikh. Ianya dilakukan dengan pesawat angkasa berkos rendah iaitu Mangalyaan. Orbit planet dimasuki selepas dilancarkan kira-kira 10 bulan lalu.

Narendra Modi selaku Perdana Menteri India telah melakukan pengumuman tersebut. Sekumpulan saintis bersorak gembira di Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India berhampiran Banglore.

Pesawat tersebut dihantar supaya dapat mengesan kehadiran metana di atmosfera Marikh. Ianya dilakukan supaya dapat membuktikan kewujudan primitif.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia telah pun sampai di planet Marikh sebelum ini.
Read More

Julian Mittermaier Jalan Atas Tali Setinggi 199 Meter

1 comment

Julian Mittermaier Jalan Atas Tali Setinggi 199 Meter Tanpa Alat Keselamatan

Julian Mittermaier yang berumur 21 tahun telah berjaya mencipta rekod berjalan di atas tali sejauh 224 meter merentangi Empangan Mauvoisin.

Mittermaier berasal dari Regensburg, Jerman telah berada pada ketinggian 199 meter dari atas tanah semasa melaksanakan aksi berani tersebut tanpa memakai sebarang alat keselamatan.

Julian Mittermaier menyatakan bahawa semasa menjejakkan kaki di atas tanah dia berasa terharu kerana berjaya melakukan aksi tersebut.
Read More

Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baharu Ke 15

Leave a Comment
Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baharu Ke 15

Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu Sultan Selangor telah pun memberi perkenan bahawa Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa iaitu YB Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat bakal mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, Klang pada esok hari.

Istiadat angkat sumpah, ikrar aku janji dan pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor diadakan pada pukul 10.30 pagi.
Read More

Tai Cheau Xuen Atlet Wushu Malaysia Emas Pertama Sukan Asia 2014

1 comment
Tai Cheau Xuen Atlet Wushu Malaysia Emas Pertama Sukan Asia 2014

Atlet wushu negara iaitu Tai Cheau Xuen yang merupakan atlet wushu negara telah melakukan kejutan menakjubkan pada hari pertama Sukan Asia 2014 apabila meraih pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia.

Cheau Xuen telah menjadi juara dengan pungutan 19.23 mata manakala Junita Niza Wasni peserta dari Indonesia meraih pingat perak dengan pungutan 19.19 mata.

Cheau Xuen telah mengejutkan juara dunia dari China iaitu Hong Wei daripada acara nandao & nanquan.
Read More

Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Leave a Comment
Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas akibat kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014.

Pada 16 September 2014 bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Zaki Tun Azmi telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bebas dan pada hari ini diumumkan 8 senarai nama ahli Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nama ahli-ahli Jawatankuasa Bebas ialah:

Pengerusi:
1. Tun Zaki Tun Azmi
Mantan Ketua Hakim Negara

Ahli-ahli:
2. Datuk Dr Mohd Tap Salleh
Presiden Institut Integriti Malaysia

3. Datuk Dr. Asariah Mior Shaharuddin
Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(Pembangunan Professionalisme Keguruan)

4. Tan Sri Datuk Prof. Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Mantan Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

5. Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi,
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

6. Datuk Johari Jamaluddin
Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia

7. Dr Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia

8. Tan Sri Datuk K. Kumaran
Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

9. Lok Yim Peng
Setiausaha Agung NUTP & Setiausaha Agung Cuepacs

Ahli-ahli terdiri daripada rakyat Malaysia berprofil tinggi, mempunyai pengalaman yang luas dan pakar bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi, dan keselamatan.

Mereka bakal mengkaji cara peperiksaan UPSR diuruskan dan memberi cadangan-cadangan bagi melancarkan operasi, tenaga kerja dan pengurusan.
Read More

Rakyat Malaysia Bazir 800000 Kilogram Makanan Sehari

Leave a Comment
Rakyat Malaysia Bazir 800000 Kilogram Makanan Sehari

Rakyat Malaysia telah dikatakan melakukan pembaziran dengan membuang makanan sehingga 800,000 kilogram sehari di mana ianya boleh memenuhi bekalan makanan bagi enam juta orang.

Kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan tersebut melibatkan kos berbilion ringgit dan sisa makan didapati meningkat di antara 15 sehingga 20 peratus pada musim perayaan.

Sisa makanan merupakan komposisi tertinggi bagi sisa pepejal sebanyak 45 peratus yang menyebabkan kos pengurusan mencecah RM1.6 bilion  pada tahun lepas.

Program Transformasi Minda bakal dilaksanakan bagi bulan Oktober untuk mengingatkan masyarakat Malaysia supaya tidak membuang makanan secara sesuka hati.
Read More

Tun Zaki Pengerusi Jawatankuasa Bebas Prosedur Operasi Standard Peperiksaan

Leave a Comment
Tun Zaki Pengerusi Jawatankuasa Bebas Prosedur Operasi Standard Peperiksaan

Tun Zaki Tun Azmi yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara telah pun dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Bebas supaya beliau bersama-sama lapan lagi nama yang bakal diumumkan dalam masa terdekat dapat mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) peperiksaan awam oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Perkara ini diwujudkan berikutan kebocoran peperiksaan kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014

Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa pemilihan tersebut baru sahaja disahkan setelah bekas ketua hakim negara telah memaklumkan bahawa beliau bersetuju untuk menerima pelantikan sebagai pengerusi Jawatankuasa Bebas.
Read More

Kertas Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014 Bocor

Leave a Comment
Kertas Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014 Bocor

Kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 untuk subjek Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan 11 September 2014 apabila Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan mendapat laporan kebocoran soalan subjek tersebut. Peperiksaan ketiga-tiga kertas akan dijadualkan semula pada 30 September 2014.

Siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Laporan kepada pihak berkuasa dibuat untuk menjalankan siasatan dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang.

Kertas subjek Sains 018 bagi para pelajar tahun 6 di sekolah kebangsaan, kertas 028 bagi pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil mengambil kertas subjek Sains 038. 

Tambahan terbaru kepada entri di atas bahawa kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga turut bocor di mana semua pelajar akan mengambil semula peperiksaan Bahasa Inggeris tersebut pada 30 November ini.
Read More

10000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat hisap rokok

Leave a Comment
10000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat hisap rokok

Lebih kurang 10,000 rakyat Malaysia telah pun meninggal dunia pada setiap tahun yang mendapat penyakit seperti jantung, paru-paru dan lain-lain berpunca daripada tabiat menghisap rokok.

Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad yang merupakan pakar perunding perubatan terkenal menyatakan ianya penyelidikan sebuah pusat pengajian tinggi.

Penyakit akibat tembakau tidak menunjukkan kesan serta-merta tetapi merosakkan penghisap rokok dalam jangka panjang sesuai dengan peningkatan umur.
Read More

HTC Butterfly 2 dijual di Singapura

1 comment
HTC Butterfly 2 dijual di Singapura

HTC telah pun mengumumkan bahawa penjualan HTC Butterfly 2 telah pun dilakukan di Singapura bermula pada hari ini.
   
Ianya juga diberi nama sebagai "HTC J Butterfly HTL23" di pasaran Jepun.
   
Butterfly 2 merupakan telefon pintar mempunyai pengalaman HTC Sense 6, HTC Duo Camera bagi pengimejan canggih, Motion Launch sensor termaju dan kalis air.
   
Ia mempunyai gabungan teknologi inovatif dan teknik premium dalam telefon pintar terhebat.
   
Penampilan Butterfly 2 adalah elegan dan prestasi yang hebat bakal memberikan kepuasan kepada pengguna di samping mempunyai pengalaman terbaik.
Read More

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Leave a Comment
Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Berikut merupakan jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara. Ianya merupakan panduan kepada semua pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Peperiksaan ini bakal dilaksanakan bermula 3 November sehingga 2 Disember 2014.

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 ini juga boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Peperiksaan


Read More

Johor Darul Takzim Buru Fernando Torres Bagi Musim 2016

Leave a Comment
Johor Darul Takzim Buru Fernando Torres Bagi Musim 2016

Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah pun mengesahkan bahawa baginda berunding secara awal untuk membawa masuk penyerang Sepanyol iaitu Fernando Torres ke Johor Darul Takzim bagi musim 2016.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor melakukan rundingan dengan ejen penyerang terbabit yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun.

Beliau bakal menggantikan penyerang Luciano Figueroa yang bersara pada musim 2016.

Sekiranya rundingan tersebut tidak berjaya, JDT bakal melakukan rundingan untuk mendapatkan Fernando Llorente, Mario Gomez atau pun Javier Saviola.
Read More