Showing posts with label Sijil Pelajaran Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Sijil Pelajaran Malaysia. Show all posts

Permohonan Kemaskini Matrikulasi Bermula 10 Februari 2016

Leave a Comment
Permohonan Kemaskini Matrikulasi Bermula 10 Februari 2016

Permohonan kemaskini Matrikulasi bermula 10 Februari 2016 bagi sesi 2016/2017 akan dibuka. Berita berkenaan Matrikulasi ini adalah mulai 10 sehingga 24 Februari 2016.

Pelajar-pelajar bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 yang sebelum ini telah memohon diingatkan untuk mengemaskini maklumat menerusi laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon mesti memasuki ruangan e-perkhidmatan berkala yang boleh didapati melalui laman web tersebut. Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran SPM sahaja.

Tambahan pula, keputusan untuk memasuki Matrikulasi bakal dikeluarkan 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

Para pelajar atau pemohon tidak lagi perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi. Keputusan SPM akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan selepas keputusan diumumkan.

Permohonan kemaskini Matrikulasi bermula 10 Februari 2016 iaitu pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran sekiranya berjaya dalam permohonan. Surat tawaran bakal dikeluarkan secara dalam talian.

Bahagian Matrikulasi juga boleh dihubungi melalui 03-88844083/4036/4040 iaitu pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Read More

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Leave a Comment
Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Berikut merupakan jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara. Ianya merupakan panduan kepada semua pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Peperiksaan ini bakal dilaksanakan bermula 3 November sehingga 2 Disember 2014.

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 ini juga boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Peperiksaan


Read More

13,970 Calon Semua A Peperiksaan SPM 2013

Leave a Comment
13,970 Calon Semua A Peperiksaan SPM 2013

Seramai 13,970 calon berjaya mendapat semua gred A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2013.

Ianya telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran iaitu Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Peningkatan keputusan adalah sebanyak 250 calon jika dibandingkan dengan keputusan tahun 2012 iaitu seramai 13,720 calon memperoleh semua gred A.
Read More

Seramai 470395 Calon SPM 6 November hingga 5 Disember 2013

Leave a Comment
Seramai 470395 Calon SPM 6 November hingga 5 Disember 2013
Seramai 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 6 November hingga 5 Disember 2013.
   
Seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  
8,054 calon dari Maktab Rendah Sains Mara, 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM, 22,857 calon sekolah persendirian dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.
Read More

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 Khamis 21 Mac 2013

Leave a Comment

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 Khamis 21 Mac 2013

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada hari Khamis 21 Mac 2013.

Keputusan boleh didapatkan oleh pelajar lepasan SPM di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi dan juga keputusan calon persendirian dimaklumkan melalui pos.

Keputusan juga boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak Nombor Kad Pengenalan jarak Nombor Angka Giliran seterusnya hantar ke 15888.
Read More