Google Khas Sempena Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia

2 comments
Google Khas Sempena Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia

Seluruh rakyat di Malaysia menyambut hari ulang tahun ke-57 kemerdekaan di mana enjin carian Google turut meraikan tarikh 31 Ogos 2014 dengan menunjukkan doodle 'Merdeka'.
   
Perkara ini ialah gabungan kelopak Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia yang telah pun dihiasi dengan indah bagi menghasilkan perkataan 'Google'.
   
Doodle khas tersebut merupakan hasil ciptaan pelukis-arkitek Malaysia yang berumur 27 tahun iaitu Hong Yi yang menggunakan warna Merah sebagai moniker.
Read More

Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor Kelantan 25 September 2014

Leave a Comment

Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor Kelantan 25 September 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun menyatakan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Kelantan pada 13 September dan hari mengundi bakal diadakan pada hari Khamis 25 September.

Kos dianggarkan sebanyak RM696,750 di mana kempen selama 12 hari. Tarikh tutup permohonan undi pos bagi dalam negara pada 15 September manakala bagi luar negara pada 13 September.

Pengundian awal akan berlaku pada 21 September. Seramai 24,039 pemilih berdaftar layak mengundi di mana 109 terdiri daripada pengundi awal. Sebanyak 11 pusat mengundi yang mempunyai 46 saluran akan dibuka.
Read More

Kura-kura Kepala Dua di Arkansas Amerika Syarikat

Leave a Comment
Pekerja sebuah ladang ternakan kura-kura di negeri Arkansas, Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seekor kura-kura yang menetas mempunyai dua kepala. Kura-kura tersebut masih hidup selepas beberapa minggu dilahirkan.  Ianya berada dalam kumpulan 30,000 ekor haiwan yang diternak di ladang kura-kura sebelum dieksport ke China.  Sebelum ini pekerja di situ telah menemui kura-kura yang mempunyai dua kepala, memiliki kaki atau ekor yang banyak tetapi mati sejurus ia menetas.  Kura-kura yang mempunyai ciri-ciri unik seperti ini sangat jarang berlaku.  Kura-kura tersebut mungkin akan dijual oleh pihak pengurusan ladang kepada pengumpul haiwan yang berminat.

Pekerja sebuah ladang ternakan kura-kura di negeri Arkansas, Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seekor kura-kura yang menetas mempunyai dua kepala. Kura-kura tersebut masih hidup selepas beberapa minggu dilahirkan.

Ianya berada dalam kumpulan 30,000 ekor haiwan yang diternak di ladang kura-kura sebelum dieksport ke China.

Sebelum ini pekerja di situ telah menemui kura-kura yang mempunyai dua kepala, memiliki kaki atau ekor yang banyak tetapi mati sejurus ia menetas.

Kura-kura yang mempunyai ciri-ciri unik seperti ini sangat jarang berlaku.

Kura-kura tersebut mungkin akan dijual oleh pihak pengurusan ladang kepada pengumpul haiwan yang berminat.
Read More

Barat Laut Mexico Alami Misteri Rekahan 1 Kilometer

Leave a Comment
Barat Laut Mexico Alami Misteri Rekahan 1 Kilometer

Rekahan sepanjang satu kilometer dan sedalam lapan meter berlaku di sebuah ladang di Costa de Hermosillio, Sonora, Mexico.

Rekahan tersebut mungkin terbentuk kerana aliran air bawah tanah di barat laut menurut para saintis.

Beberapa penduduk dan pegawai tempatan berasa keliru dengan punca yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Ramai menganggap mungkin gempa bumi yang telah berlaku di San Andreas menyebabkan terjadinya rekahan tersebut.

Ahli geologi daripada Universiti Sonora pula berkata mungkin aliran air bawah tanah yang menyebabkan terjadinya rekahan.
Read More

Jemaah Haji Tidak Melawat Ladang Unta Elak MERS-CoV

1 comment
Jemaah Haji Tidak Melawat Ladang Unta Elak MERS-CoV

Lembaga Tabung Haji tidak membuat sebarang lawatan yang melibatkan jemaah ke ladang-ladang unta sempena musim haji. 

Ianya bertujuan supaya tidak terkena jangkitan virus Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus atau lebih dikenali sebagai MERS-CoV.

Jemaah haji juga mestilah selalu memakai topeng mulut dan hidung yang akan dibekalkan oleh Tabung Haji.

Tahap kebersihan diri juga perlu diutamakan dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau dengan bahan pencuci tangan.

Gejala utama bagi penyakit adalah demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.
Read More

Hari Berkabung Negara Tragedi MH17 22 Ogos 2014

3 comments
Hari Berkabung Negara Tragedi MH17 22 Ogos 2014

Pada 22 Ogos 2014, seramai 15 daripada 24 jenazah warganegara Malaysia yang merupakan mangsa tragedi MH17 yang telah pun dikenalpasti bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga menyatakan bahawa penerbangan khas tersebut juga membawa pulang jenazah seorang warganegara Belanda yang mahu disemadikan di negara ini.

Jenazah-jenazah tersebut bakal diberikan penghormatan yang akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10 pagi.

Justeru, 22 Ogos ini telah pun diisytiharkan sebagai hari berkabung berikutan tragedi yang berlaku ke atas pesawat MH17.
Read More

40 Penumpang Maut Pesawat Terhempas di Iran

Leave a Comment
40 Penumpang Maut Pesawat Terhempas di Iran

Sebuah pesawat yang mempunyai 40 orang penumpang telah pun terhempas di kawasan penempatan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad.

40 orang penumpang yang melibatkan tujuh kanak-kanak telah pun terbunuh dalam kemalangan itu.

Maklumat yang diketahui bahawa tiada sebarang kecederaan yang membabitkan orang awam berhampiran kawasan kejadian.

Kapal terbang dalam perjalanan ke Tabas dan terhempas di Azad yang berhampiran Mina 6 Boulevard.
Read More

Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M ke Gaza Palestin

Leave a Comment
Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M ke Gaza Palestin

Kumpulan kedua dalam misi bantuan kemanusiaan Gaza Kelab Putera 1Malaysia telah pun berlepas ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

20 peserta yang merupakan anggota perubatan, sukarelawan dan petugas media yang diketuai Exco Pemuda UMNO iaitu Armand Azhar Abu Hanifah.

Beberapa tan bekalan tambahan ubat-ubatan dan selimut dibawa untuk penduduk di Gaza.

Duta Palestin iaitu Dr. Anwar al-Agha turut hadir di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan.
Read More

Cristina Zenato Beri Makan Ikan Jerung Tanpa Pakaian Perlindungan

Leave a Comment
Cristina Zenato Beri Makan Ikan Jerung Tanpa Pakaian Perlindungan

Cristina Zenato yang merupakan seorang aktivis alam sekitar membuat aksi berbahaya apabila memberi makan sekawan ikan jerung menggunakan tangannya.

Ia dirakam mengambil ikan dari sebuah baldi yang diberikan kepada beberapa ekor ikan jerung di dalam Akuarium S.E.A.

Cristina Zenato hanya memakai sut berantai sebagai perlindungan semasa melakukan aksi berisiko tersebut.

Namun, dia memakai sut selam berantai jika ikan pemangsa tersebut bertindak untuk menggigitnya.
Read More

Hujan Meteor Perseid di Malaysia Bermula Isnin 11 Ogos 2014

1 comment
Hujan Meteor Perseid di Malaysia Bermula Isnin 11 Ogos 2014

Pancuran Meteor Perseid dan Fenomena Supermoon akan berlaku pada Isnin ini sehingga Rabu depan.

Bulan purnama paling besar dan terang pada tahun 2014 berlaku serentak dengan pancuran Meteor Perseid akan menyebabkan pemandangan menarik di langit.

Bulan berada pada jarak 356,896 kilometer pada pukul 1.46 pagi dan fasa bulan purnama berlaku pukul 2.09 pagi Isnin depan untuk menghasilkan Supermoon.

Komet Swift Tuttle melalui sistem suria setiap 133 tahun dan meninggalkan debu di sepanjang laluannya akan menyebabkan Pancuran Meteor Perseid.

Komet Swift Tuttle menghampiri atmosfera bumi pada kelajuan 225,300 kilometer sejam dan menghasilkan percikan cahaya di langit.

Waktu terbaik untuk menyaksikan meteor tersebut selepas tengah malam hingga Subuh dan menghadap ke arah timur laut.

Jika keadaan langit gelap dan bebas daripada sinaran bulan, lebih daripada 100 meteor sejam dapat dilihat.
Read More

Petronas Bantu RM67 Juta Operasi SAR MH370

Leave a Comment
Petronas Bantu RM67 Juta Operasi SAR MH370

Petronas bakal membiayai RM67 juta untuk menyediakan sonar imbasan dan kapal sokongan marin bagi operasi mencari dan mendapatkan semula pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang hilang.

Kelengkapan dan kapal sokongan bakal digunakan bagi pencarian laut dalam di mana kedua-dua aset dibekalkan oleh DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd.

Petronas sebelum ini telah membenarkan penggunaan kapal geo-hazard survey iaitu MV Teknik Putra daripada 10 sehingga 16 Mac 2014 bagi operasi pencarian awal pesawat di Laut China Selatan.
Read More