Showing posts with label Pilihan Raya Kecil. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya Kecil. Show all posts

Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Kelantan 22 Mac 2015

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Kelantan 22 Mac 2015

Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan bakal diadakan pada 10 Mac 2015 manakala pengundingan pula akan dilaksanakan pada 22 Mac 2015 seperti mana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ianya dianggarkan akan menggunakan belanja sebanyak RM 810,000 di mana kempen selama 12 hari dengan seramai 403 petugas dilantik. Hari pengundian akan berlaku pada hari Ahad.

Permohonan undi pos di dalam negara akan ditutup pada 12 Mac manakala bagi luar negara pula pada 10 Mac 2015. Pengundian awal akan dilaksanakan pada hari Rabu pada 18 Mac 2015.

Pemilih berdaftar adalah seramai 21,890 layak mengundi yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi Tidak Hadir Luar Negara. Daftar pemilih tersebut bakal dijual bermula pada 8 Mac 2015.
Read More

Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor Kelantan 25 September 2014

Leave a Comment

Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor Kelantan 25 September 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun menyatakan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Kelantan pada 13 September dan hari mengundi bakal diadakan pada hari Khamis 25 September.

Kos dianggarkan sebanyak RM696,750 di mana kempen selama 12 hari. Tarikh tutup permohonan undi pos bagi dalam negara pada 15 September manakala bagi luar negara pada 13 September.

Pengundian awal akan berlaku pada 21 September. Seramai 24,039 pemilih berdaftar layak mengundi di mana 109 terdiri daripada pengundi awal. Sebanyak 11 pusat mengundi yang mempunyai 46 saluran akan dibuka.
Read More

Datuk Mah Siew Keong Tewaskan Dyana Sofya PRK Teluk Intan

Leave a Comment
Datuk Mah Siew Keong Tewaskan Dyana Sofya PRK Teluk Intan

Calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Mah Siew Keong telah pun menewaskan calon DAP iaitu Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.

Datuk Mah memperoleh sebanyak 20157 undi manakala Dyana Sofya telah mendapat sebanyak 19919 undi.
Read More

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Pertandingan Empat Penjuru

Leave a Comment


Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor yang bakal diadakan pada 25 Mei 2014 melibatkan pertandingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia dan dua calon bebas.
   
Calon-calon yang bertanding ialah Ramkarpal Singh berumur 38 tahun sebagai calon DAP, Naib Presiden PCM iaitu Datuk Huan Cheng Guan berumur 53 tahun manakala Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar berumur 63 tahun dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan berumur 46 tahun sebagai calon Bebas.
   
Mohamed Nabi Bux bakal menggunakan simbol bunga dan Abu Backer Sidek pula akan menggunakan simbol kuda.
Read More

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei 2014

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun menetapkan 25 Mei 2014 sebagai tarikh pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selaku Pengerusi SPR telah mengumumkan dalam satu sidang media

12 Mei 2014 merupakan tarikh penamaan calon bagi PRK Bukit Gelugor dan pengundian awal 21 Mei 2014.
Read More

Pilihan Raya Kecil Dun Kajang 23 Mac 2014

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil Dun Kajang 23 Mac 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun mengumumkan bahawa pada 23 Mac 2014 adalah tarikh Pilihan Raya Kecil Dun Kajang.

Perkara ini telah diumumkan oleh pengerusi SPR iaitu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan semua yang terlibat mestilah mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Penamaan calon bermula pada 11 Mac 2014 dan tarikh pengundian awal pada 19 Mac 2014.
Read More

Dr Sohaimi Lawan Mohd Azam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau Yan Kedah

Leave a Comment
Dr Sohaimi Lawan Mohd Azam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau Yan Kedah

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Pas iaitu Mohd Azam Abd Samat dan calon BN iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Dun Sungai Limau terletak di bawah Parlimen Jerai mempunyai 27,287 pemilih berdaftar dengan 40 peratus adalah pengundi muda.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)telah menetapkan hari pengundian ialah pada hari Isnin 4 November 2013.
Read More

Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau 4 November 2013

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau 4 November 2013

Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau akan diadakan pada 4 November depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013.

Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini serta tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon dan bagi petugas media dua hari selepas penamaan calon.

Jumlah pengundi seramai 27,222 orang dengan dua orang daripadanya adalah pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Read More

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai 2013

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai 2013

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah pun ditetapkan pada 24 Julai dengan pengundian awal dijalankan pada 20 Julai manakala tarikh penamaan calon pada 12 Julai.

Sembilan pusat mengundi akan dibuka iaitu satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa.
Read More