Showing posts with label Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Show all posts

Fiesta Durian Malaysia Acara Tahunan Setiap Ogos

Leave a Comment

Fiesta Durian Malaysia Acara Tahunan Setiap Ogos

Berita menarik buat seluruh rakyat Malaysia apabila Fiesta Durian Malaysia acara tahunan setiap Ogos. Ianya dilaksanakan bagi meningkatkan lagi industri berkaitan durian dan buah-buah tempatan.

Acara ini diadakan setiap Ogos yang selarasa dengan musim buah-buahan dan juga sempena sambuatan Hari Kebangsaan. Ianya bagus supaya dapat memeriahkan lagi fiesta makan durian oleh orang ramai.

Tambahan pula, industri yang berkaitan eksport durian di Malaysia telah bernilai lebih kurang RM60 juta dan kerajaan Malaysia merancang untuk mengeksport durian dengan nilai RM400 juta pada masa hadapan.

Fiesta Durian 2016 yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Merdeka bakal menjangkakan jumlah durian sebanyak RM1 juta. Fiesta ini juga turut berlaku di Raub, Gopeng, Balik Pulau dan juga diadakan di Singapura dan Hong Kong.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang telah menerajui Fiesta Durian 2016 telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan sektor swasta yang juga menempah durian keluaran FAMA bagi program di pejabat mereka.

Fiesta Durian 2016 yang menjadi Kenduri Durian atau pun KenDurian sebagai program utama dengan pelbagai aktiviti seperti jualan durian dan buah-buahan tempatan, jualan produk berasaskan durian, demo masakan menggunakan durian dan pertandingan makan durian.
Read More

Jimat 20 Peratus Barang di Pasar Tani Bermula 1 Jun 2015

Leave a Comment
Jimat 20 Peratus Barang di Pasar Tani Bermula 1 Jun 2015

Berita gembira buat pengguna-pengguna di seluruh negara di mana akan menikmati penjimatan di antara 5 sehingga 20 peratus apabila membeli barang-barang keperluan asas di pasar tani. Perkara ini diharapkan akan berterusan seterusnya tiada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.

Tambahan pula, ke semua peniaga pasar tani dilarang untuk mendapatkan bekalan makanan daripada pemborong bermula 1 Jun 2015. Perkara ini telah pun dikatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di mana tanpa penggunaan orang tengah maka petani dapat mengurangkan kos seterusnya dapat menurunkan harga barangan jualan mereka.

Selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menentukan keperluan cara-cara pembekalan hasil terus ke pasar tani. Sebanyak 200 pusat pengumpulan bekalan makanan asas akan disediakan untuk menjayakan program ini.
    
Program yang dilaksanakan ini bakal memberikan hasil dan kesan yang bagus kepada petani seterusnya dapat membebaskan mereka daripada pengaruh orang tengah. Perkara ini akan melibatkan 580 pasar tani yang mempunyai lebih kurang 25,000 peniaga di seluruh negara. Justeru, semoga pengguna dapat memanfaatkan peluang yang ada dalam kehidupan seharian.
Read More