Berita gembira buat pengguna-pengguna di seluruh negara di mana akan menikmati penjimatan di antara 5 sehingga 20 peratus apabila membeli barang-barang keperluan asas di pasar tani. Perkara ini diharapkan akan berterusan seterusnya tiada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.
Tambahan pula, ke semua peniaga pasar tani dilarang untuk mendapatkan bekalan makanan daripada pemborong bermula 1 Jun 2015. Perkara ini telah pun dikatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di mana tanpa penggunaan orang tengah maka petani dapat mengurangkan kos seterusnya dapat menurunkan harga barangan jualan mereka.
Selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menentukan keperluan cara-cara pembekalan hasil terus ke pasar tani. Sebanyak 200 pusat pengumpulan bekalan makanan asas akan disediakan untuk menjayakan program ini.
Program yang dilaksanakan ini bakal memberikan hasil dan kesan yang bagus kepada petani seterusnya dapat membebaskan mereka daripada pengaruh orang tengah. Perkara ini akan melibatkan 580 pasar tani yang mempunyai lebih kurang 25,000 peniaga di seluruh negara. Justeru, semoga pengguna dapat memanfaatkan peluang yang ada dalam kehidupan seharian.
0 comments:
Post a Comment