Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014 Diumum 2 Mac 2015

Leave a Comment
Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014

Debaran kian terasa bagi pelajar-pelajar yang bakal mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 yang akan diumumkan pada 2 Mac 2015.

Calon-calon sekolah yang menduduki peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 bermula pukul 12 tengah hari manakala bagi calon persendirian pula akan memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2014 melalui pos.
   
Tambahan pula, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 boleh juga disemak menggunakan SMS dengan menaip STPM RESULT No. Kad Pengenalan seterusnya menghantar ke 15888. Selain itu, melalui talian internet pula, calon-calon peperiksaan boleh melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai 12 tengah hari pada hari berkenaan juga.

Seramai 42,854 calon bakal mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 yang telah pun menduduki peperiksaan bertempat di 756 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Jumlah tersebut melibatkan 42,316 orang iaitu 98.74 peratus calon sekolah kerajaan, 368 calon sekolah swasta (0.86 peratus), 151 calon persendirian individu (0.35 peratus), 17 calon sekolah kerajaan negeri (0.04 peratus) dan dua calon sekolah integriti.
Read More

Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Kelantan 22 Mac 2015

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Kelantan 22 Mac 2015

Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan bakal diadakan pada 10 Mac 2015 manakala pengundingan pula akan dilaksanakan pada 22 Mac 2015 seperti mana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ianya dianggarkan akan menggunakan belanja sebanyak RM 810,000 di mana kempen selama 12 hari dengan seramai 403 petugas dilantik. Hari pengundian akan berlaku pada hari Ahad.

Permohonan undi pos di dalam negara akan ditutup pada 12 Mac manakala bagi luar negara pula pada 10 Mac 2015. Pengundian awal akan dilaksanakan pada hari Rabu pada 18 Mac 2015.

Pemilih berdaftar adalah seramai 21,890 layak mengundi yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi Tidak Hadir Luar Negara. Daftar pemilih tersebut bakal dijual bermula pada 8 Mac 2015.
Read More

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Bekas Menteri Besar Kelantan Meninggal Dunia

Leave a Comment
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Bekas Menteri Besar Kelantan Meninggal Dunia

Berita terbaru yang diketahui bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu bekas Menteri Besar Kelantan telah pun meninggal dunia. Beliau telah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.

Jenazah Allahyarham telah disemadikan lebih kurang pukul 11.30 pagi bersebelahan kubur bapanya iaitu Nik Mat Raja Banjar yang telah meninggal dunia kira-kira 40 tahun lalu.

Sebelum itu, solat jenazah telah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka yang diimamkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 10 pagi.

Tetamu-tetamu yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah serta lain-lain.

Jenazah Allahyarham telah diusung oleh anank-anaknya ke tanah perkuburan diiringi oleh ramai orang yang hadir. Beliau meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka pada pukul 9.40 malam tadi.   

Allahyarham merupakan Adun Chempaka telah dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian pada pukul  8.40 malam.
   
Allahyarham menerima rawatan di hospital tersebut bermula 19 Januari 2015 disebabkan oleh kanser prostat. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan roh beliau dicucuri rahmat.
Read More

Tarif Elektrik Turun 2.25 sen per kWj 1 Mac 2015

1 comment
Tarif Elektrik Turun 2.25 sen per kWj 1 Mac 2015

Perkara terbaru yang diketahui bahawa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah pun mengumumkan penurunan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj). Kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj. Ianya bakal berkuatkuasa dari 1 Mac hingga 30 Jun 2015 mengikut semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).

Pengurangan ini akan memberikan faedah kepada 32 peratus pengguna domestik, komersial dan industri yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 300 kWj sebulan.

Tambahan pula, pengurangan akan diperolehi di antara RM 13.50 sehingga RM 45.00 sebulan mengikut penggunaan elektrik sebulan. Mengikut perkara semasa, purata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 38.53 sen/kWj manakala di Sbah dan Labuan sebanyak 34.52 sen/kWj.

Sehubungan dengan itu, penurunan tarif tersebut bakal menjimatkan bil elektrik lebih kurang RM 371 juta setahun bagi pengguna domestik, komersial dan industri.

Walaupun begitu, pengguna domestik yang menggunakan elektrik 300 kWj dan ke bawah sebulan lebih kurang 68 peratus pengguna tidak terlibat dengan pengurangan ini.

Dua faktor yang terlibat iaitu kadar tarif bagi jaluran asas kekal pada 21.8 sen/kWj sejak 1997 dan kadar bagi penggunaan 201 hingga 300 kWj sebulan telah dikekalkan pada 33.3 sen/kWj sejak tahun 2009.
Read More

Guru Wanita Parah Kemalangan Dalam Perjalanan ke Sekolah

Leave a Comment
Guru Wanita Parah Kemalangan Dalam Perjalanan ke Sekolah

Kemalangan berlaku di Kilometer 89 Jalan Kota Bharu-Gua Musang yang melibatkan guru wanita berusia 36 tahun. Guru tersebut parah selepas kereta Perodua Viva yang dimilikinya berlanggar dengan lori dan sebuah kereta Perodua Alza.

Kereta Perodua Viva yang dipandu oleh Suzita Yunus telah hilang kawalan sebelum melanggar lori tersebut. Rempuhan tersebut menyebabkan keretanya terbabas ke laluan bertentangan seterusnya bertembung dengan kereta Perodua Alza yang dinaiki dua orang lelaki. 

Kereta Perodua Alza tersebut telah termasuk ke dalam longkang lalu terbakar tetapi kedua-dua lelaki tersebut terselamat kerana sempat keluar daripada kenderaan. Mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan guru terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.

Guru terbabit dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Sekolah Kebangsaan Lela Jasa di Laloh, Kuala Krai, Kelantan.
Read More

Ratu Cantik Bergaduh Rebut Mahkota Miss Amazon 2015

2 comments
Ratu Cantik Bergaduh Rebut Mahkota Miss Amazon 2015

Berlaku kekecohan semasa pertandingan Ratu Cantik Amazon 2015 di mana pemenang tempat kedua dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan juri. Wanita tersebut yang bernama Sheislane Hayalla berumur 23 tahun telah menarik mahkota yang dipakaikan di kepada pemenang Ratu Cantik Amazon.

Sheislane bengang dengan kemenangan yang diperolehi Carolina Toledo yang berumur 20 tahun dengan membaling mahkota berkenaan ke atas lantai. Dia juga mengeluarkan kata-kata sesat yang menganggap Carolina tidak layak untuk memenangi gelaran tersebut yang didakwa sudah "dibeli"

Penganjur pertandingan tersebut telah mengutip kembali mahkota tersebut dan meletakkan semula di kepala Carolina. Pengawal keselamatan mencari Sheislane untuk mendapatkan penjelasan dan Carolina tidak mahu mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut.

Carolina Toledo bakal mewakili negerinya dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Brazil 2015 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Read More

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Premier Malaysia 2015

Leave a Comment
Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Premier Malaysia 2015

Jadual perlawanan bola sepak yang lengkap untuk Liga Premier 2015 di negara Malaysia telah pun diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Liga Premier Malaysia 2015 bakal mempunyai 12 pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim II, DRB-Hicom, Kedah, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur SPA, Kuantan FA, Negeri Sembilan, PBDKT T-Team, PKNS, Pulau Pinang, Sabah dan UiTM.

Jadual-jadual dibawah ini adalah terdiri daripada jadual Liga Premier 2015 untuk pusingan pertama dan juga jadual Liga Premier 2015 untuk pusingan kedua. 

Jadual pertandingan tersebut telah pun dinyatakan tarikh perlawanan, pasukan yang akan berlawan, masa, tempat dan warna jersi pasukan tuan rumah.

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Premier Malaysia 2015

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Premier Malaysia 2015

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Premier Malaysia 2015

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Premier Malaysia 2015

p/s : Klik jadual tersebut untuk besarkan gambar
Read More

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2015

Leave a Comment
Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2015

Jadual perlawanan bola sepak yang lengkap untuk Liga Super 2015 di negara Malaysia telah pun diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Liga Super Malaysia 2015 bakal mempunyai 12 pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim, Selangor, Pahang, Terengganu, KL Sime Darby, Kelantan, Sarawak, Singapore Lions XII FC, Perak, ATM, PDRM dan KL Felda United FC.

Jadual-jadual di bawah ini adalah terdiri daripada jadual perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015, jadual Liga Super 2015 untuk pusingan pertama dan juga jadual Liga Super 2015 untuk pusingan kedua. 

Jadual pertandingan tersebut telah pun dinyatakan tarikh perlawanan, pasukan yang akan berlawan, masa, tempat dan warna jersi pasukan tuan rumah.

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2015

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2015

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2015

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2015

p/s : Klik jadual tersebut untuk besarkan gambar
Read More