Asrama Sekolah Menengah Agama Padang Kerasak Naka Kedah Terbakar

Leave a Comment
Asrama Sekolah Menengah Agama Padang Kerasak Naka Kedah Terbakar

Berita yang diketahui petang tadi di mana asrama sekolah menengah agama Padang Kerasak Naka Kedah terbakar. Lebih kurang 170 pelajar yang terlibat telah melarikan diri apabila dua blok bangunan asrama yang juga mempunyai surau telah terbakar lebih kurang pukul 5 petang.

Tambahan pula, semasa kejadian semua pelajar dan para guru Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah Al-Islamiah baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di surau yang berada di tingkat atas bangunan.

120 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan serta para guru sempat menyelamatkan diri. Pengetua sekolah dikenali sebagai Mohd Sidek Junus memaklumkan bahawa seorang pelajar telah menyedari kebakaran tersebut semasa turun ke bawah.

Asrama sekolah menengah agama Padang Kerasak Naka Kedah terbakar di mana semua yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar diarahkan untuk menyelamatkan diri masing-masing. Kerugian dianggarkan mencecah jumlah RM 1 juta.

Pihak bomba menerima panggilan tentang kebakaran ini pada pukul 5.17 petang dan telah tiba 14 minit kemudian. Pihak bomba telah berjaya memdamkan kebakaran tersebut pada pukul 6.53 petang. Punca kebakaran masih lagi disiasat dan akan dimaklumkan kepada semua apabila siasatan sudah selesai dilakukan oleh pihak berwajib.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: