23,901 isi rumah Sibu terima BR1M

Leave a Comment


Sebanyak 23,901 isi rumah di lima kawasan Dewan Undangan Negeri di sini akan menerima sejumlah RM11.9 juta melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Sri Wong Soon Koh. 

Kawasan berkenaan ialah Bawang Assan, Bukit Assek, Dudong, Pelawan dan Nangka.


Penyampaian baucar tunai BR1M akan dibuat dalam tiga fasa dan penerima perlu bersabar kerana urusan itu baru saja bermula.
Read More

Farah Lee Sah Bergelar Isteri Kepada Ally Iskandar

Leave a Comment

Personaliti dan pengacara TV3, Ally Iskandar, bergambar bersama isteri, Nurfarahin Romli, selepas selamat diijabkabul di Masjid Kristal, Taman Tamdun Islam (TTI), Kuala Terengganu pagi tadi.
Read More

Safee dan Safiq Tidak Dapat Sertai Cardiff City

Leave a Comment


Faktor usia dan isu permit kerja jelas menjadi penghalang besar kepada hajat besar dua tonggak skuad negara Safee Sali dan Safiq Rahim untuk mewakili kelab Cardiff City dari Wales.

Sebaliknya pihak pengurus kelab berkenaan difahamkan lebih berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda tanah air menguji bakat mereka dalam Liga Kejuaraan Inggeris itu.
Read More

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Pendidikan Islam) MRSM

Leave a Comment

MAKTAB RENDAH SAINS MARA GEMENCHEH
IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh seperti yang tercatat dibawah:-

  1. Jawatan                :       Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Bil
Subjek
Bil Kekosongan
Dijangka Berkhidmat
1
Pendidikan Islam
7 Kekosongan
01 Februari 2012

  1. Taraf Jawatan      :     Sambilan (Gred DC 41)

  1. Penempatan        :     Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh

  1. Jadual Gaji           :     Gaji Harian   -   RM 100 (Sehari)

  1. Syarat lantikan     :     Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan

ATAU;

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
DAN;
  1. Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

  1. Calon-calon boleh menghafaz Al-Quran adalah diutamakan

  1. Cara Memohon     : Calon-calon yang berminat dan berkelayakan perlu membuat permohonan
secara bertulis (beserta resume) dengan gambar berukuran passport,
salinan kad pengenalan, surat beranak serta sijil-sijil berkaitan yang telah
DISAHKAN BENAR dan dihantar ke alamat berikut: -

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh,
KM  37, Jalan Tampin Gemas, Kampung Sungai Dua,
73200 Gemencheh, Negeri Sembilan
06-4348755/528

  1. Tarikh Tutup       :     20 Januari 2012
Read More

Miss America 2012 Wisconsins Laura Kaeppeler

Leave a Comment

Miss America 2012 Wisconsins Laura Kaeppeler


Read More

Adizero F50 Kasut Bola Sepak Pintar Pertama

Leave a Comment
adizero F50

Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.

Kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

Peranti 'miCoach' yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.
Read More

Parlimen Pokok Sena Agih BR1M

Leave a Comment


Parlimen Pokok Sena hari ini memulakan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 dengan 854 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga menjadi kumpulan penerima pertama.

Penyelaras Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang menyampaikan sendiri bantuan itu berkata, agihan seterusnya ialah untuk penerima di DUN Bukit Lada.

Untuk DUN Bukit Lada agihan BR1M dijadual pada 25 Januari diikuti DUN Bukit Pinang pada keesokannya.
Read More

Mangsa Banjir di Pahang Meningkat

Leave a Comment


Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Kuantan dan Pekan terus meningkat kepada 1,026 orang berbanding 805 orang petang semalam.

Mangsa pemindahan daerah Kuantan yang ditempatkan di lima pusat pemindahan meningkat kepada 704 orang daripada 189 keluarga.

Daerah Pekan pula masih kekal satu pusat pemindahan yang menempatkan 322 orang daripada 78 keluarga.


Read More

Empat Gol Marlon Lonjak Tentera Teratas Liga Perdana

Leave a Comment


EMPAT gol Marlon Alex James melonjak Tentera ke tangga teratas Liga Perdana selepas pasukan kendalian B Sathianathan itu membaham MBJB FC 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, petang semalam.

Bagaimanapun Tentera terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk memecah kebuntuan menerusi Zaquan Adha Abd Radzak yang membuka jaringan tiga minit selepas rehat selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Marlon yang menjadi wira Tentera ketika menewaskan NS Betaria FC 2-0 pada perlawanan pertama lalu, sekali lagi membuktikan kehebatannya di depan gawang dengan menambah jaringan pada minit ke-62 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-71 dan 72 dan gol terakhir pada minit ke-87.
Read More

Sultan Selangor Perkenan Batal Jawatan Exco Hasan Ali

Leave a Comment


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bersetuju mengenai pelucutan jawatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai EXCO kerajaan negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid.

Baginda Sultan menurunkan kuasa kepada beliau untuk melantik Ahli EXCO kerajaan negeri yang baru dan menasihatkan beliau supaya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Hasan Ali perlu menyerahkan kembali kemudahan yang diterimanya sepanjang berkhidmat sebagai Ahli EXCO Kerajaan negeri mulai Isnin ini.


Read More

Keputusan Piala Copa del Rey

Leave a Comment


Keputusan Piala Copa del Rey Sepanyol

Athletic Bilbao 4 (Susaeta 24, Herrero 64, Toquero 77, San Jose 86) - Albacete 0
Barcelona 2 (Alexis 48, Sergi Roberto 71) - Osasuna 1 (Lekic 40)
Read More

Bayaran BR1M bermula 15 Jan 2012

Leave a Comment


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.

pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.
Read More

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Ditangguh

Leave a Comment


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sambil berkata, maklumat lanjut akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengalu-alukan keputusan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA bagi memastikan semua penjawat awam berpuas hati.
Read More

Derma Darah di Hospital Pulau Pinang Sabtu 14 Januari 2012

Leave a Comment

Orang ramai dijemput untuk menderma darah di Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, Sabtu ini.

Kempen akan bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang.
Read More

Perodua Myvi Terbang Atas Van

Leave a Comment


Orang ramai melihat kereta Myvi yang terbabas ke atas sebuah Van di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.
Read More

Wardina Safiyyah disamun

1 comment


Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan kesemua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Read More

Eric Cantona Mahu Jadi Presiden Perancis

Leave a Comment

Bekas pemain bola sepak terkenal Manchester United, Eric Cantona, yang bergelar aktor kini bercita-cita untuk merebut jawatan tertinggi negara itu dalam pilihan raya tahun ini.
Read More

Ally Iskandar Sah Bernikah 20 Januari 2012

Leave a Comment

Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, mengesahkan bakal bernikah dengan gadis dari Terengganu, Farah Lee pada 20 Januari ini.
Read More