Pemandu bas maut, 11 cedera nahas dekat Tapah
Gempa Bumi Kuat Gegar Utara Sumatera
Taufan Guchol sebabkan 10,000 Penduduk Jepun Pindah
Mangsa Banjir di Pahang Meningkat
Perodua Myvi Terbang Atas Van
Gempa Bumi Magnitud 5.3 Melanda Jepun
Jepun Rugi RM639 bilion Akibat Tsunami
Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu memusnahkan bangunan serta infrastruktur bernilai 16.9 trilion yen (RM639 bilion), lapor kerajaan hari ini.
Jumlah tersebut tidak termasuk kos kerosakan akibat kemalangan loji nuklear Fukushima yang terjadi selepas berlaku bencana tersebut.
Anggaran yang dibuat oleh pejabat Kabinet itu juga tidak termasuk kos-kos lain seperti bayaran ganti rugi bagi mangsa bencana dan orang yang dipindahkan.
Ia meliputi kerosakan struktur ke atas loji nuklear Fukushima Daiichi dan kemudahan nuklear yang lain, tetapi tidak termasuk kos akibat kebocoran radiasi seperti kesan ke atas pertanian, perikanan dan pelancongan.
Bencana di timur laut Jepun itu yang menyebabkan seramai 23,000 orang terkorban atau hilang, memusnahkan rumah, kedai, bangunan pejabat dan kilang yang dianggarkan bernilai 10.4 trilion yen (RM393 bilion).
Kesan terhadap kerosakan sistem air, gas, tenaga elektrik dan rangkaian telekomunikasi pula dianggarkan bernilai 1.3 trilion yen (RM49 bilion).
Kerosakan infrastruktur lain termasuk sungai, jalan raya, pelabuhan, sistem pembetungan, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan dianggarkan bernilai 5.2 trilion yen (RM197 bilion).
Anggaran itu jauh melebihi jumlah kerosakan akibat gempa bumi Hanshin berjumlah 9.6 trilion yen (RM363 juta) yang memusnahkan pelabuhan Kobe dan turut mengorbankan sehingga 6,400 nyawa.
Sumber : Utusan
Gempa Kecil di Timor Timur
Gempa Bumi 5.8 Magnitud Gegar Indonesia
Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 pada skala Richter berlaku di Pantai Indonesia tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.
Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 18 kilometer pada pukul 9.01 malam (10.01 malam waktu tempatan) sekitar 190 kilometer dari Sibolga, Pulau Sumatera, Indonesia, ujar Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang terletak di Hawaai mengatakan tiada amaran atau makluman yang dikeluarkan setakat ini. - AFP
Gempa Bumi Landa Honshu
Krisis Nuklear Jepun
Gunung berapi kembali aktif di Jepun
Sebuah gunung berapi di sebelah selatan Jepun hari ini kembali menghamburkan debu dan asap tebal ketika negara ini sedang bergelut dengan kejadian tsunami dan gempa bumi besar.
Menurut Agensi meteorologi kebangsaan, aktiviti gunung berapi Shinmoedake kembali aktif setelah beberapa minggu tenang.
Gunung berapi tersebut terletak di Pulau Kyushu kira-kira 1,500 kilometer dari pusat gempa sekuat 8.9 Jumaat lalu yang menyebabkan tsunami dan memusnahkan sebahagian besar pantai timur laut negara ini. - Agensi
Gempa bumi kuat landa selatan kepulauan Fiji
Pelajar Malaysia Terkandas di Lapangan Terbang Kaherah
Banjir: Lebih ramai dipindahkan di Kota Setar
Sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 32,066 orang daripada 7,938 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan di empat daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, di daerah Kota Setar, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan semakin meningkat iaitu 21,058 orang dengan jumlah keluarga 5,050 berbanding 19,591 orang petang semalam.
Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula terus berkurangan dengan jumlah terkini ialah 9,351 orang daripada 2,591 keluarga berada di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di daerah Pokok Sena ialah 1,413 orang daripada 234 keluarga dan di Pendang seramai 244 orang melibatkan 63 keluarga.
Katanya, sebanyak 83 buah pusat pemindahan masih dibuka iaitu 45 buah di daerah Kota Setar, 34 di Kubang Pasu, tiga di Pokok Sena dan satu di Pendang.
Sementara itu, tinjauan di sekitar bandaraya Alor Setar pagi ini mendapati kebanyakkan jalan utama yang menghubungkan ke pusat bandar sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Air di kawasan sekitar bandar raya ini mulai surut sejak lewat malam tadi. - Bernama
Banjir di Kedah Makin Buruk
Keadaan banjir menjadi semakin buruk di daerah Kota Setar apabila air mula melimpah memasuki kawasan bandar dan taman-taman perumahan yang sebelum ini tidak pernah dilanda bencana alam itu.
Jumlah penduduk yang dipindahkan di daerah berkenaan melonjak kepada 8,184 orang berbanding 1,788 semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, sebanyak 105 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dengan Kubang Pasu sebanyak 46 pusat, Padang Terap (35), Kota Setar (15), Pokok Sena (lapan) dan Pendang (satu).
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan turut menunjukkan peningkatan di daerah Kubang Pasu iaitu seramai 15,648 orang dan Pokok Sena (1,824) berbanding hanya 1,259 orang, semalam.
Sementara itu di Pendang, seramai 176 penduduk dipindahkan manakala di Padang Terap banjir mula surut dan hanya 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,105 orang, semalam.
Banjir juga meragut dua lagi nyawa apabila dua kanak-kanak, Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam tali air di Tanjung Bendahara di sini.
Ia menjadikan jumlah kehilangan nyawa setakat ini tujuh orang termasuk seorang remaja di Perlis yang masih belum ditemui sejak semalam.
Beberapa jalan utama masih ditutup kepada lalu lintas antaranya Jalan Alor Setar-Kangar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru, Jalan Alor Setar-Kepala Batas, Jalan Hutan Kampung-Kepala Batas dan Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang.
Sumber : Utusan