Krisis Nuklear Jepun

Leave a Comment
Jurutera Jepun bertungkus lumus untuk mengepam air beradioaktif dari loji tenaga nuklear ketika ketua pemeriksa nuklear dunia menyatakan pengakhiran kepada insiden itu masih jauh.

Paras radiasi di laut berdekatan loji Fukushima Daiichi meningkat 1,250 kali ganda daripada paras normal hanya selepas dua minggu selepas kemudahan itu lumpuh akibat gempa bumi dan tsunami.
Namun, menurut Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian, ia bukan satu ancaman terhdap kehidupan marin atau keselamatan makanan.

“Arus laut akan menyelerakkan partikel radiasi dan ia akan luput apabila dimakan ikan dan rumpai laut," kata pegawai kanan agensi itu, Hidehiko Nishiyama.

Krisis di loji yang terletak 240 kilometer dari Tokyo itu mengatasi usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi 9.0 magnitud dan tsunami besar yang menyusul pada 11 Mac lalu.

Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), memberi peringatan bahawa kecemasan nuklear itu boleh berterusan berminggu atau berbulan lagi.

“Ini adalah kemalangan serius dari sudut piawaian apa sekali pun dan ia belum berakhir," katanya kepada the New York Times. - Reuters
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: