Showing posts with label Celebrities. Show all posts
Showing posts with label Celebrities. Show all posts

Shila Hamzah Mahu Kekal Bertudung

1 comment

Shila Hamzah Mahu Kekal Bertudung

Selebriti terkenal Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.

Shila berkata, beliau mula mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, beliau akan buka semula.

Hasrat beliau, 22, untuk kekal bertudung terlaksana selepas diajak kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya.

Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.

Beliau ingin memperbaiki hubungannya dengan manusia dan juga dengan ALLAH.

Sumber : Sinar Harian
Read More

Abdul Jabbar Juara Imam Muda Musim Ketiga

Leave a Comment

Abdul Jabbar Juara Imam Muda Musim Ketiga

Setelah sembilan minggu para peserta atau Imam Muda berada dalam program realiti yang masih menjadi fenomena di negara ini, Iman Muda, perjuangan mereka telah berakhir semalam.

Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi menjadi saksi Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, atau Imam Muda Jabar dinobatkan juara ketiga program realiti tersebut selepas Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan sebagai juara untuk dua musim sebelum ini.

Ternyata keputusan lelaki dari Selangor itu meninggalkan keluarga terutamanya isteri dan dua orang anak kecil serta menolak tawaran kenaikan jawatan semata-mata untuk menyertai program Imam Muda musim ketiga nampaknya tidak sia-sia.

Mengulas tentang kemenangannya, Jabar melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi. Dia menyifatkan kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah.

"Saya memanjatkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada Allah Taala. Rasa syukur dan terima kasih atas segala doa dan sokongan peminat Imam Muda, terutamanya ibu bapa dan keluarga.

"Kemenangan ini adalah permulaan untuk menghadapi arena dakwah yang lebih mencabar. Biarpun melalui pelbagai cabaran sebelum dan semasa berada dalam program ini, saya nekad untuk terus berjuang atas nama dakwah.

Naib juara disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir, 27, sementara Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21, menduduki tempat ketiga.

Terdahulu, Kemuncak Imam Muda yang bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) pada malam Jumaat lalu buat pertama kalinya menyaksikan tiga peserta bersaing pada pusingan final.

Mereka ialah Mohammad Hafiz dari Kuala Lumpur, Abdul Jabbar (Perak) dan Abdul Rahman Naufal (Johor).

Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.

Tempat ketiga turut memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.

Bagi yang ketinggalan menonton final Imam Muda, anda masih boleh mengikuti siaran ulangan hari Sabtu, 4 Ogos ini pukul 5.30 petang atau hari Ahad 5 Ogos 2012 pukul 10 pagi di Astro Oasis (Saluran 106).

Sumber : Kosmo

Read More

Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak Kedua

Leave a Comment

Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak Kedua

Isteri angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos sedang mengandung cahaya mata kedua pasangan tersebut.

Berita gembira itu disahkan sendiri Dr. Halina menerusi blognya, Barely Super Mommy, semalam.

Dr Halina turut berkongsi gambar imbas kandungan yang baru mencecah usia tiga bulan di blognya.

Dalam entrinya beliau antara lain berkata: “I pray for a healthy baby, safe pregnancy and secretly wishing for a boy” ( saya berdoa mendapat bayi yang sihat, proses kelahiran berjalan lancar dan berharap mendapat bayi lelaki  kali ini).”

Sumber : Sinar Harian
Read More

Mr Bean Muncul Pada Hari Pembukaan Sukan Olimpik London 2012

Leave a Comment
Mr Bean Muncul Pada Hari Pembukaan Sukan Olimpik London 2012


Read More

Usain Bolt Mampu Cecah 9.4s

Leave a Comment

Usain Bolt Mampu Cecah 9.4s

Impian manusia terpantas di dunia, Usain Bolt untuk mencecah pecutan 9.4 saat dalam acara 100m bukan mustahil, demikian rumusan hasil kajian matematik yang dijalankan sekumpulan saintis Belanda.

Para pengkaji Universiti Tilburg merumuskan bahawa Bolt, yang bersiap sedia untuk mempertahankan kejuaraan Olimpik di London di samping memperbaharui rekod dunia 9.58s miliknya, mampu merealisasikan objektifnya untuk melepasi garis penamat 0.2saat lebih pantas daripada rekod sekarang.

"Usain Bolt menyatakan sasarannya untuk berlari 9.4s dan mengikut hasil kajian kami ia pencapaian yang munasabah kerana batasan had untuk rekod dunia semasa ialah 9.36s," kata salah seorang pengkaji, Sander Smeets.

Kaedah kajian yang digunapakai merangkumi model statistik dan matematik yang dihimpunkan melalui catatan masa terbaik daripada 1,034 atlet lelaki terbaik sejak 1991, jelas Smeets.

Kajian baru itu sekali gus menutup hasil keputusan kajian terdahulu yang dibuat pada 2008, ketika itu menyatakan 'had rekod dunia' adalah setakat 9.51s.

Sumber : Utusan
Read More

Ariel Peterpan Dibebaskan Daripada Penjara

Leave a Comment
 Ariel Peterpan Dibebaskan Daripada Penjara

Pembebasan penghibur popular Indonesia, Ariel dari Penjara Kebon Waru di sini pada pukul 9 pagi ini disambut oleh ratusan peminat setianya.

Ariel yang juga vokalis kumpulan Peterpan dibebaskan dengan syarat selepas didapati bersalah terlibat dalam pengedaran video lucah.

Ketika kereta yang membawa Ariel keluar dari penjara tersebut, peminat berteriak namanya selain mengerumuni kenderaan berkenaan.

Kawalan ketat diberikan pihak polis semasa pembebasan Ariel bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham pada 31 Januari tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Negeri Bandùng selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam pengedaran video porno.

Kes pengedaran video lucah yang melibatkan Ariel dengan dua artis wanita popular tempatan, Luna Maya dan Cut Turi itu mencetus kegemparan di negara yang dihuni penduduk Islam paling ramai di dunia itu.

Pada pukul 4 petang ini (5 petang waktu Malaysia), Ariel akan mengadakan sidang akhbar di salah sebuah hotel di sini.

Sumber : Utusan Malaysia
Read More