Nur Irisyafida Balkis Bayi 8 Bulan Mangsa Dera Meninggal Dunia

Leave a Comment

Nur Irisyafida Balkis Mangsa Dera Meninggal Dunia

Seorang bayi berusia lapan bulan telah meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Nur Irisyafida Balkis telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Sehingga setakat ini masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di hospital tersebut.

Ibu mangsa bernama Aida yang berumur 29 tahun berkata sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Doktor memberitahu bahawa peluang untuk anaknya terus hidup sangat tipis dan  setelah enam hari tidak sedarkan diri, Balkis meninggal dalam dakapan Aida.

Artikel Hangat Terkini :

Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Lokasi Tempat Kamera AES
Khairul Fahmi Che Mat Bercinta Dengan Luniey
Malaysia vs Hong Kong 3-0 Aksi Persahabatan
Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: