Malaysia vs Hong Kong 3-0 Aksi Persahabatan

Leave a Comment

Malaysia vs Hong Kong 3-0 Aksi Persahabatan

Skuad bolasepak kebangsaan mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong malam tadi.
    
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 tanpa jaringan.
    
Pada separuh masa kedua, skuad negara mengubah rentak permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Hong Kong dan penyerang negara yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Sali membuka tirai jaringan pada minit ke-59 daripada hantaran Kunanlan.  

Kapten Selangor Safiq Rahim melebarkan kedudukan untuk skuad Harimau Malaya pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti pasukan Hong Kong.
    
Ahmad Fakri Saarani melengkapkan kemenangan bergaya skuad Harimau Malaya dengan gol ketiga pada masa kecederaan.



Artikel Hangat Terkini :

Persembahan Wonder Girls Yang HOT Berbaju Kurung
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013
Pakcik Nordin Ambil PMR Umur 50 Tahun
Porsche Panamera RM900,000 Dilarikan

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: