Daftar Bantuan RM500 dibuka Mulai 10 Disember 2011

Leave a Comment


Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.



Read More

Lisa Surihani terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO

Leave a Comment

Lisa Surihani terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO

Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.
Read More

Rang Undang-Undang Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Bantu Golongan Pendapatan Sederhana

Leave a Comment


Datuk Seri Najib Razak berkata Rang Undang-Undang Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) penting bagi menangani dengan segera masalah tekanan kewangan yang dihadapi oleh golongan rakyat berpendapatan sederhana yang tinggal di bandar dan pinggir bandar. 

Perdana Menteri berkata rang undang-undang itu diperkenalkan untuk mengawal selia perkara-perkara yang berhubung dengan pembangunan dan pembinaan perumahan, infrastruktur dan kemudahan di bawah program Perumahan PR1MA dan membolehkan penubuhan satu badan berkanun yang diasingkan iaitu PR1MA Corporation Malaysia.


Beliau berkata penubuhan PR1MA Malaysia sebagai satu institusi yang mempunyai fokus khusus dan mampu mengambil tindakan-tindakan strategik bagi menangani isu tekanan kewangan golongan berpendapatan sederhana serta dapat memastikan isu-isu itu ditangani secara efisyen dan efektif.
Read More

Shahrizat Cabar Wan Azizah Letak Jawatan

Leave a Comment


Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan rakan sejawatannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap biadap kerana mendesak beliau untuk meletakkan jawatan. 

"Saya mencabar Ketua Wanita PKR supaya mendesak Presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk meletakkan jawatan kerana suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika ini berdepan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Read More

Kedah Tolak Marlon, San Martin

Leave a Comment


IMPIAN peminat Kedah melihat kelibat dua pemain import yang pernah menyarung jersi hijau kuning – Marlon Alex James dan Nelson San Martin – tidak kesampaian apabila mereka disahkan tidak akan menyarung jersi pasukan berkenaan. 

Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata kedua-duanya tidak dipilih Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) disebabkan faktor usia dan berdepan risiko kecederaan.
Read More

Ketiga-tiga Sayap UMNO Mulakan Persidangan

Leave a Comment

Ketiga-tiga sayap UMNO -- Wanita, Pemuda dan Puteri -- secara serentak memulakan perhimpunan agung masing-masing pada jam 9 pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 


Perhimpunan agung kali ini dijangka menumpukan kepada pengukuhan jentera pilihan raya parti dalam persediaan tunjang parti pemerintah itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Perhimpunan agung Wanita yang menghimpunkan 944 perwakilan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail manakala sayap Pemuda yang diwakili 942 anggota berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn dan Puteri UMNO dengan 934 perwakilan di Dewan Merdeka. 
Read More

Doktor Peribadi Michael Jackson Hadapi 4 Tahun Penjara

Leave a Comment

Doktor peribadi kepada Michael Jackson, Dr Conrad Murray dijatuhi hukuman maksimum empat tahun penjara, iaitu selepas tiga minggu beliau didapati bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat raja pop berkenaan pada 2009 lalu. 
Read More

Muhd Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun Depan

Leave a Comment

Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 Nov lepas. 


Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia. 


Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Sumber : Berita Harian
Read More

GPMS Sambut Baik Pindaan AUKU

Leave a Comment

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan hasrat kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai berani dan akan memberi impak positif kepada pelajar. 

Presidennya, Jais Abdul Karim, berkata kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuktikan kerajaan amat memahami kehendak pelajar universiti sekarang selaras dengan era dunia terbuka tanpa sekatan.
Dalam kenyataannya, Jais berkata kini pelajar universiti perlu pandai membahagikan masa antara politik dan pembelajaran di kampus demi menjamin tujuan utama penuntut untuk belajar tidak diketepikan.


Sumber : Berita Harian
Read More

Angin Kencang dan Laut Bergelora

Leave a Comment

Beberapa kawasan perairan negara dijangka mengalami keadaan angin kencang dan laut bergelora yang berterusan sehingga Selasa depan. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang.
Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai 4.5m pula dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran.
Selain itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5m dijangka berlaku di perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Sarawak, Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan kudat), Reef South dan Palawan. 

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kawasan Pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan angin kencang dan ombak kuat yang dijangka berterusan sehingga esok. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti pantai, perkhidmatan feri, perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Sumber : Berita Harian
Read More

Biasiswa Dara Buat Pelajar Perempuan Sierra Leone

Leave a Comment

Sebuah bandar di Sierra Leone menawarkan biasiswa selama lima tahun untuk pelajar perempuan yang menyimpan keperawanan sehingga mereka menamatkan pengajian di universiti.

Pengerusi Perbandaran Bo, Mathew Margao berkata, sasaran tawaran biasiswa tersebut bagi mengurangkan kes kehamilan remaja dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pelajar sekolah kekal dara sehingga mereka menamatkan pelajaran.

Majlis perbandaran akan mendapatkan perkhidmatan pegawai perubatan wanita yang akan membuktikan pelajar-pelajar perempuan itu benar-benar masih dara.


Read More

Tuanku Mizan Akan Rasmi Sambutan Maal Hijrah

Leave a Comment

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan yang bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”, Ahad ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut dijadual berangkat ke majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu.

Majlis juga dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anggota Kabinet dan duta luar negara.

Sumber : Utusan Malaysia


Read More

Bantuan RM100 Kepada Pelajar Sekolah Swasta

Leave a Comment

Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan kepada pelajar sekolah swasta sama ada sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit merasakan diri mereka terpinggir.

"Kita memikirkan mereka juga akan berhadapan dengan sesi persekolahan yang memerlukan bantuan pakaian sekolah dan sebagainya. Mereka ini juga menghadapi masalah yang sama seperti pelajar sekolah kerajaan.


Read More

Penjara 315 Tahun Hasilkan Pornografi kanak-kanak

Leave a Comment


Seorang lelaki di Indiana, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara 315 tahun kerana menghasilkan dan mengedar pornografi kanak-kanak.

Penolong Peguam Negara, Lanny Breuer dan Bahagian Jenayah, Jabatan Kehakiman, berkata tertuduh, David Bostic, 25, melakukan penderaan seksual yang kejam terhadap insan paling lemah di dalam masyarakat kita.
Sementara itu, ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Michael Welch pula berkata, kes itu adalah antara kes pornografi kanak-kanak paling signifikan pernah disiasat. 
Read More

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Leave a Comment

Kumpulan A: 

Napoli (ITA) 2 (Cavani 17, 49) Manchester City (ENG) 1 (Balotelli 33) 

Bayern Munich (GER) 3 (Ribery 3, 69, Gomez 23) Villarreal (ESP) 1 (De Guzman 50)
Kumpulan B: 

Trabzonspor (TUR) 1 (Altintop 23) Inter Milan (ITA) 1 (Alvarez 18)
CSKA Moscow (RUS) 0 Lille (FRA) 2 (V. Berezutsky 49-og, Sow 64) 


Kumpulan C: 


Otelul Galati (ROM) 2 (Giurgiu 75, Antal 81) Basel (SUI) 3 (F. Frei 10, A. Frei 14, Streller 37) 

Manchester United (ENG) 2 (Berbatov 30, Fletcher 59) Benfica (POR) 2 (Jones 3-gol sendiri, Aimar 60) 

Kumpulan D: 

Real Madrid (Benzema 2, 66, Jose Callejon 6, 49, Higuain 9, Ozil 20) Dinamo Zagreb 2 (Beciraj 81, Tomecak 90) 

Lyon (FRA) 0 Ajax (NED) 0. 
Read More

Telefon Pintar Android Gabungan Facebook dan HTC

Leave a Comment

Facebook dilaporkan menjalin kerjasama dengan syarikat Taiwan, HTC untuk mengeluarkan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android Google, demikian menurut laman blog teknologi, All Things Digital. 

Projek usaha sama itu dinamakan “Buffy,” yang mensasarkan pengeluaran telefom bimbit yang khusus untuk penyediaan platform rangkaian sosial syarikat yang beribu pejabat di California itu.
Read More

RM30,000 Buat Setiap Pemain Harimau Muda

Leave a Comment

Setiap pemain dan pegawai pasukan bola sepak skuad Sukan SeA ke-26 yang memenangi pingat emas selepas menewaskan Indonesia kelmarin, menerima ganjaran wang tunai RM30,000, sumbangan peribadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.
Read More

4,000 Kampung WiFi Akan Diwujudkan

Leave a Comment


Kira-kira 4,000 kampung WiFi dijangka diwujudkan di seluruh negara pada akhir tahun depan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata kini terdapat hanya 1,400 kampung WiFi di Perlis, Sabah dan Sarawak. 

"Kita juga dalam proses untuk membina menara elektronik di Sabah dan Sarawak, dengan itu hasrat kita untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah komuniti Internet adalah boleh. 

"Pada masa yang sama, kita akan beri peluang untuk usahawan kecil dan sederhana mendaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi dalam talian bagi menjalankan projek ini" katanya pada sesi soal jawab selepas pelancaran Dapatkan Perniagaan Dalam Talian Malaysia anjuran Google Malaysia di sini hari ini.




Beliau berkata purata kos projek ini bagi setiap kampung ialah kira-kira RM25,000 hingga RM32,000.



Rais berkata kampung itu akan disediakan dengan sistem perkomputeran biasa dengan kemudahan jalur lebar percuma untuk tiga bulan pertama dan selepas itu dikenakan bayaran minimum RM10 sebulan. 

Read More

Safiq Rahim Berlepas ke Cardiff City

Leave a Comment

Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim akan berlepas ke Cardiff esok untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu dengan kelab Cardiff City.

"Ia adalah peluang yang ditunggu-tunggu. Ini adalah peluang terbaik saya untuk menunjukkan skil bola sepak saya. Saya tahu ia adalah sukar tetapi tiada apa yang mustahil. 


"Sudah sampai masanya bagi kita untuk menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain bola sepak yang berbakat," kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Cardiff City 1Malaysia hari ini. 

Safiq, yang merupakan kapten pasukan Malaysia ketika menentang Arsenal dan Liverpool, berkata apa jua keputusannya, beliau berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawanan ujian percubaan di Cardiff itu nanti dan meningkatkan prestasi permainannya ke tahap lebih tinggi.

Sumber : Harian Metro

Read More

Malaysia Raja Bola ASEAN

Leave a Comment

Kejayaan skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia malam tadi membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara ketika ini. 

Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) tahun lalu, bukanlah kerana nasib semata-mata.
Biarpun persembahan pasukan Malaysia sebelum ini dipertikaikan terutamanya oleh media Indonesia, kemenangan malam tadi menutup terus mulut pengkritik dan penyokong fanatik skuad negara tuan rumah itu.
Media di Indonesia kini mengakui Malaysia adalah "Raja Bola Sepak ASEAN". 

Dalam perlawanan akhir malam tadi di depan 100,000 penonton tuan rumah, Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1. 

Sumber : Berita Harian
Read More

500 Peminat Sambut Ketibaan Skuad Harimau Muda

Leave a Comment
Kira-kira 500 peminat bola sepak negara membanjiri Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bagi menyambut ketibaan skuad Harimau Muda pada kira-kira jam 8 pagi tadi.
Read More

Malaysia Kekal Emas Bola Sepak Sukan SEA

Leave a Comment
Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk mengekalkan pingat emas.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.
Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.
Read More

Tiket perlawanan kelayakan Olimpik Malaysia-Syria

Leave a Comment
Tiket untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 antara skuad Olimpik kebangsaan menentang Syria ditetapkan pada harga RM40 bagi tempat duduk utama dan RM20 bagi tempat duduk terbuka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket berkenaan boleh dibeli di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 dan 23 November ini bermula 9 pagi hingga 7 malam.
"Tiket juga boleh dibeli pada hari perlawanan (23 November) bermula 9 pagi sehingga 3 petang di Stadium Shah Alam dan dari 9 pagi sehingga waktu rehat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil," menurut kenyatana itu.
Tiket berkenaan juga boleh dibeli secara on-line di www.tickethotline.com.my.

Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 November ini bermula 8.45 malam.

Sumber : Berita Harian
Read More

Malaysia Layak Ke Final

Leave a Comment
Skuad bawah 23 tahun negara mara ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA selepas menundukkan Myanmar 1-0, di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi

Ahmad Fakri Saarani muncul wira negara selepas menolak masuk gol kemenangan ke gawang Myanmar pada minit ke-85.
Read More

46,012 Calon UPSR Dapat 5A

Leave a Comment
Pencapaian keseleluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang.
Read More

Aishwarya Rai Lahir Bayi Perempuan

Leave a Comment

Seniwati terkenal Bollywood, Aishwarya Rai melahirkan bayi perempuan pagi tadi di sebuah hospital di Mumbai. 

Walaupun kehamilan bekas Ratu Dunia itu menjadi perhatian pelbagai pihak, berita kelahiran cahaya matanya itu tidak diberi liputan meluas oleh media India dan hanya tersebar melalui mesej Twitter suaminya, Abhishek Bachchan, juga pelakon Bollywood.
Sebelum ini, Persatuan Editor Penyiaran mengeluarkan memo kepada warga media agar tidak mensensasikan berita kelahiran bayi pelakon terkenal itu bagi menghormati keluarga Bachchan.
"Kini saya menjadi datuk kepada seorang bayi perempuan yang sungguh comel", tulis Amitabh Bachchan, antara pelakon paling diminti di India dan bapa mentua Aishwarya dalam blognya. 

Aishwarya, 38, mendirikan rumah tangga dengan Abhishek, 36, pada 2007. 
Kaki judi membuat pertaruhan berjuta-juta dolar tentang tarikh Aishwarya akan melahirkan anaknya dan ramai daripada mereka menjangka jelitawan itu akan bersalin pada 11 November lalu (11/11/11). 

Kini mereka bertaruh pula tentang nama bayi itu.
Read More

Program Penempatan Pekerjaan (3P) Daerah Kota Tinggi (19.11.2011)

Leave a Comment
Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja Peringkat Daerah Kota Tinggi Anjuran Pusat JobsMalaysia Iskandar Malaysia
Tarikh : 19 November 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
Aktiviti :
1. Temuduga Terbuka
2. Program Jana Pendapatan
3. Pameran Peluang Kerjaya dan Latihan Kemahiran
4. Pendaftaran online JobsMalaysia
Read More

Karnival Kerjaya 2011 Dan Temuduga Terbuka Pulau Pinang 19.11.2011

Leave a Comment
Karnival Kerjaya 2011 Dan Temuduga Terbuka Anjuran Pusat JobsMalaysia Pulau Pinang dan Majlis Pembangunan Bumiputra Pulau Pinang
Tarikh : 19 November 2011(Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Utama Pelajar Universiti Sains Malaysia
Majikan: 35 Syarikat
Aktiviti:
1) Temuduga Terbuka
2) Ceramah Kerjaya
3) Pendaftaran Online JobsMalaysia
Read More

Gordon Darcy Lilo Perdana Menteri Baru Soloman Islands

Leave a Comment
Solomon Islands hari ini memilih Gordon Darcy Lilo sebagai Perdana Menteri baru kepulauan itu, cuma beberapa hari selepas beliau dipecat sebagai menteri kewangan.

Jurucakap kerajaan berkata, Lilo yang dipilih dari kalangan Ahli Parlimen menggantikan Danny Philip yang meletak jawatan Jumaat lalu selepas wakil rakyat tidak memberi sokongan kepada kerajaan sebelum ini.
"Lilo mendapat 29 undi," kata jurucakap kerajaan, David Tuhanuku.
Read More

53,724 Calon Duduki STPM

Leave a Comment
Seramai 53,724 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 744 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 21 November hingga 15 Disember ini.

Daripada jumlah itu, 48,272 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,258 calon sekolah swasta, 4,003 orang calon persendirian individu, 187 calon sekolah kerajaan negeri, dan empat orang calon Sekolah Integriti.
Calon-calon dinasihat supaya pergi ke pusat peperiksaan terdekat dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat itu jika berlaku bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh yang menyukarkan mereka sampai ke pusat peperiksaan yang sepatutnya.
Read More

Gempa Terbaru 5.2 Magnitud Landa Timur Turki

Leave a Comment

Gempa terbaru 5.2 magnitud menggegarkan timur Turki awal hari ini tetapi belum dapat disahkan gempa kali ini di wilayah sama, minggu lalu. 

Minggu lalu, Wilayah Van dilanda gempa sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa dan kecederaan.
Gempa terbaru hari ini dilaporkan menimpa Perkampungan Mollakasim.
Bulan lalu, Turki digegarkan dengan gempa berukuran 7.2 magnitud dan gempa minggu lalu pula berukuran 5.7 magnitud. 
Read More

Keputusan Kelayakan Euro 2012

Leave a Comment
Bosnia-Herzegovina 0 vs Portugal 0 
Republic Czech 2 vs Montenegro 0
Estonia 0 vs Ireland 4
Turki 0 vs Croatia 3
Read More

Isteri bekas Presiden Tunisia ada 1,000 pasang kasut & 1,500 barang kemas

Leave a Comment
Kediaman rasmi bekas Presiden Tunisia, Zine Al Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi mencemarkan nama baik negara itu apabila terdapat 1,000 pasang kasut pereka terkenal, 1,500 barang kemas dan sejumlah produk penjagaan wanita yang banyak, kata laporan semalam.

"Saya rasa memalukan. Memang ada alasan negara ini patut berasa malu," kata pakar perundangan, Neji Baccouche ketika menyampaikan laporan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Negara mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin rejim sebelum ini.
Baccouche mencadangkan bekas istana presiden di Sid Bou Said, dekat Tunis, dijadikan muzium sebagai amaran bahawa wujudnya penyelewengan ketika pemerintahan Zine Al Abidine dan isterinya, Leila.
Read More