Showing posts with label Weather. Show all posts
Showing posts with label Weather. Show all posts

Angin Kencang dan Laut Bergelora

Leave a Comment

Beberapa kawasan perairan negara dijangka mengalami keadaan angin kencang dan laut bergelora yang berterusan sehingga Selasa depan. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang.
Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai 4.5m pula dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran.
Selain itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5m dijangka berlaku di perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Sarawak, Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan kudat), Reef South dan Palawan. 

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kawasan Pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan angin kencang dan ombak kuat yang dijangka berterusan sehingga esok. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti pantai, perkhidmatan feri, perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Sumber : Berita Harian
Read More

Panas Terik Landa AS

Leave a Comment
Panas terik dijangka melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) dengan suhu setinggi 38 darjah Celsius.

Suhu panas juga dijangka berlaku di New York, Washington dan beberapa kawasan lain di pantai timur.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran mengenai suhu panas yang boleh menjejaskan kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan golongan tua.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya minum air dengan banyak, berada dalam bilik berhawa dingin dan kerap memeriksa kesihatan keluarga dan jiran.

Ahli-ahli meteorologi memberitahu, sebahagian daripada kawasan tengah Atlantik telah merasai bahang cuaca panas tahun ini.

Musim bunga paling panas dalam sejarah juga dijangka berlaku.
"Kawasan selatan akan merasai panas terik pada lewat minggu ini," kata seorang ahli meteorologi, Alex Sosnowski. - AFP
Read More

Hujan Lebat di Pahang & Johor

Leave a Comment
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di kawasan rendah di Pahang dan Johor berikutan hujan lebat di kedua-dua negeri itu dijangka berterusan sehingga pagi esok.

Daerah yang terlibat di Pahang ialah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera, Temerloh, manakala di Johor ialah Mersing dan Kluang.
Jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini turut mengekalkan amaran hujan lebat peringkat kuning di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang diramai sehingga Khamis (19 Nov) serta di Perak dan Kedah mulai malam Isnin (16 Nov.) hingga Jumaat (20 Nov.).

Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli Gua Musang, manakala di Terengganu Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian. - Bernama
Read More

Jerebu Melanda Pulau Pinang

Leave a Comment
Pulau Pinang mengalami jerebu sederhana hari ini dengan jarak penglihatan antara empat hingga enam kilometer.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata setakat pukul 11 pagi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat di stesen Seberang Jaya ialah 68 dengan jarak penglihatan empat kilometer.

“IPU yang dicatat di Perai ialah 53 dengan jarak penglihatan lima kilometer dan Universiti Sains Malaysia 70 dengan jarak penglihatan enam kilometer,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua IPU ini akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan cuaca dan keadaan jerebu tidak membimbangkan.

Cuaca kering dan tiada hujan sejak kebelakangan ini menjadi penyumbang kepada peningkatan habuk terampai dan berlakunya jerebu, katanya. Tinjauan Bernama mendapati bangunan Komtar dan Pulau Jerejak hanya dapat dilihat samar-samar dari Jambatan Pulau Pinang terutama pada sebelah pagi. — Bernama

Read More

Hurricane Ike

Leave a Comment

AFP/Getty Images/Scott Olson

Vehicles flooded by a tidal surge from Hurricane Ike sit along a street in Galveston, Texas. Hurricane Ike made landfall early Saturday on Galveston Island, Texas, driving a huge ocean surge over coastal areas where tens of thousands of people remained holed up, the US National Hurricane Center announced.
Read More