Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

RANKING SPM 2011 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Leave a Comment

1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.923

2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.939

3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.9842

4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.1183

5 SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU MUNAWIR 1.18

6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.226

7 SM SAINS REMBAU 1.3006

8 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.3553

9 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.3725

10  SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.3793

11 SM SAINS ALAM SHAH 1.44

12 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.4508
  
13 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.4579
  
14 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.4724
  
15 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.5109
  
16 SBP INTEGRASI RAWANG 1.5281
  
17 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.5287
  
18 SM SAINS JOHOR 1.5491

19 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.569

20 SM SAINS SELANGOR 1.5927

21 SM SAINS BAGAN DATOH 1.6082
  
22 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.6345
  
23 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.6416
  
24 SM SAINS SERI PUTERI 1.6491
  
25 SM SAINS MACHANG 1.6903
  
26 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.7148

27 SM SAINS HULU SELANGOR 1.7336
  
28 SM SAINS KUCHING 1.759
  
29 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.7763
  
30 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.7893
  
31 SM SAINS KUBANG PASU 1.792
  
32 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.7997
  
33 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.8128

34 SM SAINS LAHAD DATU 1.8227
  
35 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8264 

36 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.8529
  
37 SM SAINS MIRI 1.8874

38 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.9024
  
39 SM SAINS KOTA TINGGI 1.915

40 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.9327
  
41 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.9355
  
42 SM SAINS PASIR PUTEH 2
  
43 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 2.0353
  
44 SM SAINS LABUAN 2.0397
  
45 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.095
  
46 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.098
  
47 SM SAINS SABAH 2.137
  
48 SBP INTEGRASI GOPENG 2.1467
  
49 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.1803
  
50 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.1994 

51 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.2249 

52 SM SAINS POKOK SENA 2.2297

53 SM SAINS TELUK INTAN 2.4285

54 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.4899
Read More

12 calon dapat 5A STPM 2011

Leave a Comment

Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata 12 calon mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.

"Pada umumnya, prestasi calon 2011 adalah sama dengan 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini hari ini.

Pada 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya.

Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Sumber : Berita Harian
Read More

Kemasukan ke Planetarium Negara Percuma Mulai 2012

Leave a Comment


Bermula 1 Januari depan orang ramai yang mengunjungi galeri pameran Planetarium Negara tidak akan dikenakan sebarang bayaran berbanding RM1 ketika ini. 

Kemasukan percuma itu adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai bidang astronomi dan sains angkasa.
Read More

Keputusan PMR 2011 Terbaik

Leave a Comment


Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010. 
Read More

Keputusan PMR diumum Khamis

Leave a Comment

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan Khamis ini dan calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi hari berkenaan. 
Read More

Panduan Temuduga KPLI-SR j-QAF 2011

Leave a Comment


KPLI-SR j-QAF ialah singkatan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain)

Pakej “Panduan Lengkap Temuduga KPLI-SR j-QAF” ini mengandungi 4 Modul berasingan yang dibahagi-bahagikan agar memudahkan pemahaman serta pembacaan anda sebelum menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF.

Isi kandungan panduan ini merupakan hasil temuramah yang telah saya sendiri jalankan serta koleksi pengalaman sebenar daripada beberapa orang Guru j-QAF dan bekas calon temuduga KPLI-SR j-QAF yang telah berjaya.

Panduan ini juga adalah hasil temuramah daripada seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang pernah menjadi salah-seorang ahli panel penemuduga sesi temuduga KPLI-SR j-QAF. Identiti beliau terpaksa dirahsiakan demi menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu. Beliau inilah apa yang dikatakan sebagai ‘orang dalam’ sebenar dalam Kementerian Pendidikan!

Pakej “Panduan Lengkap Temuduga KPLI-SR j-QAF” ini merupakan panduan lengkap langkah-demi-langkah yang mengandungi tips, teknik serta ‘soalan-soalan bocor’ yang akan ditanya ketika sesi temuduga nanti. Senang cerita, panduan ini akan membantu anda dalam melakukan persediaan-persediaan yang sepatutnya agar anda berjaya LULUS dalam temuduga tersebut.

Dapatkan Segera di sini : Panduan Temuduga KPLI-SRj-QAF 2011





Read More

46,012 Calon UPSR Dapat 5A

Leave a Comment
Pencapaian keseleluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang.
Read More

Keputusan peperiksaan SPM 2010 diumumkan Rabu ini

Leave a Comment

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut, kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - Bernama

Read More

494,493 Calon Menduduki Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Leave a Comment
Seramai 494,493 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini sehingga Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan di sini berkata, daripada jumlah itu, 373,190 adalah calon sekolah kebangsaan, 96,166 dari sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C)) dan 16,965 dari SJK Tamil.

Turut menduduki UPSR hari ini ialah 8,163 calon Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu dan sembilan pelajar dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.

Di KUANTAN, seramai 26,936 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR di seluruh negeri termasuk 81 calon daripada golongan kelainan upaya.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif ketika ditemui pemberita selepas meninjau Sek Keb Permatang Badak di sini berkata, beliau berharap jumlah pelajar yang lulus dalam semua subjek pada kali ini akan meningkat berbanding 68.39 peratus tahun lepas.


Di Kuala Terengganu, seramai 23,533 murid Tahun Enam menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 buah sekolah di seluruh negeri, kata Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau yakin sasaran Terengganu untuk mencapai 20 peratus A dalam semua mata pelajaran akan tercapai.

Ia berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang mencatatkan 29 peratus pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, katanya. - Bernama
Read More

40,506 Ditawar Lanjut Pelajaran Ke Peringkat Ijazah Pertama

Leave a Comment
Seramai 40,506 calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama berdasarkan sistem meritokrasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)seluruh negara bagi sesi 2010/2011. Demikian menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi.-Berita Harian
Read More

Dasar Baru Untuk Guru

Leave a Comment
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru dijangka diumumkan di Kuantan pada Ahad ini sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata dasar itu mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar daripada segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain. "Kementerian sedang menimbang untuk menambah baik dasar bagi guru yang mengajar di pedalaman yang kini menerima elaun kesusahan RM1,500 sebulan disebabkan kos pengangkutan yang tinggi," katanya pada majlis dialog dengan guru dan anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Menengah Sacred Heart di sini hari ini. Muhyiddin berkata, satu kajian perlu dilakukan berhubung keperluan guru di pinggir bandar kerana ia juga harus mengambil kira pembangunan infrastruktur 10,000 sekolah di seluruh negara termasuk 1,500 di Sarawak.Mengenai pengambilan ke maktab perguruan, beliau berkata kerajaan mungkin menimbang mengambil penduduk tempatan di kawasan yang amat memerlukan tenaga guru di Sarawak dan Sabah bagi mengurangkan masalah penempatan guru dan kos pengangkutan.Sambil mengingatkan semua guru supaya berkhidmat dengan penuh dedikasi, Muhyiddin berkata kementerian tidak mengamalkan diskriminasi dalam penempatan guru berkelayakan dan berkemahiran di Sarawak, Sabah atau di Semenanjung Malaysia. - Bernama
Read More

Keputusan SPM, STAM Diumumkan Khamis Ini (11 Mac 2010)

Leave a Comment
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas, katanya.

Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. - Bernama
Read More

Permohonan Online Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM/Setaraf & STPM/Setaraf

Leave a Comment
Permohonan ini dibuka bermula daripada 2 Februari 2010 sehingga 31 Mac 2010. Semua yang terlibat bolehlah memohon melalui laman web yang telah disediakan.
Read More

PMR: 28,188 Pelajar peroleh Semua A

Leave a Comment
Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lalu. Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Beliau berkata, calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya. "Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lalu," katanya. - Bernama
Read More

Permohonan ke IPTA Secara Talian Sesi Akademik 2010/2011

Leave a Comment
Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.
Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 Nov lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Dis ini.Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Feb 2010 mulai pukul 12 tengahari sehingga 30 Mac 2010.
Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.
Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti ko-kurikulum yang disertai.-Bernama
Read More

Keputusan PMR Diumumkan 24 Disember

Leave a Comment
Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada hari berkenaan, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan masing-masing menerusi pos.
Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. - Bernama
Read More

Keputusan Pemilihan ke SBP 25 Disember

Leave a Comment
Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar Tingkatan Satu di sekolah berasrama penuh (SBP) tahun depan akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Disember ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata semakan mengenai keputusan itu boleh dibuat melalui laman web kementerian iaitu www.moe.gov.my. "Murid Tingkatan Satu SBP dijangka akan mendaftarkan diri di kesemua 53 SBP yang ditawarkan pada 11 Jan depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Alimuddin berkata, 95,826 permohonan diterima berhubung perkara tersebut, manakala hanya 6,600 tempat saja yang boleh ditawarkan. Beliau berkata, kementerian masih mengekalkan dasar 70/30, iaitu 70 peratus tempat dikhususkan untuk murid sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi untuk murid sekolah bandar. Katanya, keutamaan akan turut diberikan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK), di mana mereka akan dibantu dari segi bayaran persekolahan, bayaran makanan dan keperluan asrama.
"Melalui pendekatan ini murid-murid berpeluang untuk menikmati kemudahan pembelajaran yang sewajarnya supaya mereka dapat berusaha meningkatkan taraf hidup keluarga dan masyarakat, serta sesuai dengan konsep pendidikan untuk semua yang menjadi matlamat utama pendidikan negara," katanya. Menurut rekod, katanya, seramai 5,794 atau 17.6 peratus daripada 32,836 murid di SBP sehingga Oktober tahun ini telah diberikan bantuan untuk meneruskan pendidikan mereka dengan lebih sempurna.
Alimuddin berkata, pengetua SBP juga telah diberikan kuasa autonomi bagi memilih 20 peratus murid untuk ditempatkan di sekolah masing-masing, dan mereka akan memberi pertimbangan berdasarkan kebitaraan (niche area) sekolah. "Sebagai contoh sekiranya kebitaraan sekolah ialah bidang muzik, maka murid yang mempunyai kemahiran dan latar belakang muzik akan diberikan keutamaan untuk dipanggil temuduga serta menjalankan proses-proses pemilihan oleh pihak sekolah," katanya. - Bernama
Read More

65,853 Pelajar Duduki SPM

1 comment
Sejumlah 465,853 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini, dengan 23,864 petugas disediakan untuk mengendalikan peperiksaan itu sehingga 16 Dis ini.Daripada jumlah itu, calon kementerian adalah seramai 406,420 orang, calon persendirian (32,561), calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera (7,071), Sekolah Agama Negeri 8,765 manakala Sekolah Agama Rakyat dan sekolah swasta 11,036 orang.Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPM di Putrajaya, berikutan musim tengkujuh kini, semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua sekolah di minta mengikut garis panduan Operasi Payung semasa peperiksaan SPM berlangsung.Sekolah-sekolah yang berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat termasuk mengenal pasti calon yang mungkin diancam banjir bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas dapat disalur atau disediakan dengan segera.-Sinar Harian
Read More

Semua NC & TNC Disaran Guna Facebook

Leave a Comment
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

Sumber : Kosmo

Read More

PPSMI Dimansuh 2012

Leave a Comment
Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara.

Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.

Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.

“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

“Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia
Read More