Showing posts with label Pembedahan. Show all posts
Showing posts with label Pembedahan. Show all posts

Doktor Cantum Sementara Tangan Kiri di Kaki

Leave a Comment
Doktor Cantum Sementara Tangan Kiri di Kaki

Satu pembedahan yang mengagumkan apabila sekumpulan doktor telah berjaya mencantumkan tangan kiri seorang lelaki di kaki kanan. Selama sebulan tangan kiri tersebut berada di kaki sebelum disambungkan kembali ke tempat asalnya.

Pemuda yang dikenali sebagai Zhou telah terputus tangan selepas terkena mesin di tempat bekerja. Doktor pembedahan mencantumkan tangan di kaki bagi membolehkan darah terus mengalir supaya saraf dan tendon yang cedera akan pulih seperti sediakala.

Doktor Cantum Sementara Tangan Kiri di Kaki

Pembedahan mikro dijalankan di Hospital Xiangya di bandar Changsa di mana pihak hospital pernah menjalankan pembedahan tersebut sebelum ini pada tahun 2013.

Tangan tidak dapat dicantumkan dengan segera kerana sendi tangan dan lengan cedera teruk akibat kemalangan itu dan para doktor mengambil keputusan supaya tangan tersebut pulih terlebih dahulu.

Zhou dapat menggerakkan jarinya selepas pembedahan tersebut tetapi ianya memerlukan masa yang cukup panjang bagi memulihkan kembali fungsi tangannya.
Read More

Bayi Ana Paula Berkaki Tiga Bakal Jalani Pembedahan

Leave a Comment
Bayi Ana Paula Berkaki Tiga Bakal Jalani Pembedahan

Seorang anak kecil bernama Ana Paula berusia 22 bulan dari Panama yang mempunyai tiga kaki tiba di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ianya bertujuan untuk dibedah bagi membuang lebihan satu kaki tersebut.

Ana lahir secara kembar siam tetapi pasangannya meninggal dunia semasa dibedah bagi memisahkan mereka ketika berusia 20 hari.

Ana mempunyai masalah kesihatan yang lain dan pembedahan bagi membuang kaki tambahan akan dilakukan sepasukan doktor dari Hospital Kanak-Kanak Shriners di Los Angeles.

Hanya kaki kiri kanak-kanak berfungsi manakala kaki kanan dipotong dan menggunakan kaki palsu manakala kaki tengah akan dibuang terus.
Read More

Pembedahan Keluar Peluru Dari Kerongkong Mohd Amar Berjaya

Leave a Comment
Pembedahan Keluar Peluru Dari Kerongkong Mohd Amar Berjaya
Pembedahan bagi mengeluarkan peluru daripada kerongkong Mohd Amar Mohd Azizi berumur 10 tahun berjaya dijalankan sepasukan pakar perubatan dan tenaga sokongan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Pembedahan yang dijalankan berjaya dan Amar berada dalam keadaan stabil.

Hospital tidak membenarkan lawatan pada masa sekarang supaya kanak-kanak itu dapat berehat untuk pulih semula.
Read More

13 Pembedahan Untuk Jadi Superman

Leave a Comment
13 Pembedahan Untuk Jadi Superman

Seorang peminat watak Superman di Filipina sanggup menghabiskan wang sebanyak RM22,337 bagi menyerupai wajah Superman.

Herbert Chavez berumur 35 tahun melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.

Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung.

Dia juga memiliki koleksi Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok.
Read More