Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Kampung Kundur Hulu Negeri Sembilan Bekal Buluh Betong Panda Gergasi

Leave a Comment

Kampung Kundur Hulu Negeri Sembilan Bekal Buluh Betong Panda Gergasi

Berita gembira buat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kundur Hulu yang bakal membekalkan buluh betong kepada pihak Zoo Negara. Program ini akan berjalan selama tiga tahun untuk dijadikan makanan kepada dua ekor panda gergasi bernama Xing Xing dan Liang Liang.

Pengerusinya iaitu Zubir Jamal telah menyatakan bahawa pihak Zoo Negara mengambil buluh betong setiap seminggu sekali supaya buluh tersebut dapat dikekalkan kesegarannya.

Memorandum Persefahaman juga telah pun ditandatangai antara pihak JKKK dengan Zoo Negara dan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia bagi tujuan pembekalan buluh terbabit.

Tambahan pula, perkara ini dapat menambahkan pendapatan kepada penduduk setempat seterusnya dapat menampung perbelanjaan isi rumah setiap hari.

Kedua-dua ekor panda tersebut sangat menggemari buluh betong yang ditanam di kampung tersebut dan membuatkan penduduk-penduduk di kampung berasa bangga dapat menyumbangkan sesuatu kepada panda-panda tersebut.
Read More

Pertandingan Seni Suara Burung Merbuk di Kuala Pilah

Leave a Comment

Pertandingan Seni Suara Burung Merbuk di Kuala Pilah

500 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai Pertandingan Seni Suara Burung Merbuk peringkat Mini Asean 2012 yang akan diadakan di Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari Ahad ini.
   
Ianya anjuran bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Kuala Pilah.
   
Pertandingan ini sebagai salah satu usaha untuk menarik pelancong ke negeri ini di samping mempromosikan Bandar Diraja Seri Menanti sebagai destinasi pelancongan sejarah.
   
Negara yang terlibat dalam pertandingan itu ialah Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu suara kasar, suara tengah dan suara nyaring. Para pemenang akan menerima piala dan sijil.

Artikel Hangat Terkini :

Kapal Mewah Milik Steve Jobs
Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Yuna Kena Rompak di Amerika Syarikat
Polis Wanita China Senyum Guna Penyepit Makanan
Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012 


Read More