Showing posts with label Harga Kawalan. Show all posts
Showing posts with label Harga Kawalan. Show all posts

18 Barang Harga Kawalan Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Leave a Comment
18 Barang Harga Kawalan Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNKK telah memaklumkan berkenaan menetapkan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal sempena Hari Raya Aidil Fitri selama 17 hari bermula 20 Julai hingga 5 Ogos 2014.

Perkara tersebut bakal dilaksana mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 di 149 daerah di seluruh negara.

Barang yang terlibat ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import, telur ayam gred A, B, C, cili merah dan tomato.

Selain itu, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China) dan ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara tujuh hingga 10 ekor sekilogram).
Read More

20 Barang Harga Kawalan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

Leave a Comment
20 Barang Harga Kawalan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bagi 20 jenis barangan harga terkawal mula dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos.

Barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan tanda harga khas berwarna merah jambu diletakkan bagi membezakan barangan harga terkawal.

Barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import serta telur ayam gred A, B dan C.

Selain itu, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, bawang merah kecil, ubi kentang import dan ikan kembung.
Read More