Showing posts with label Diesel. Show all posts
Showing posts with label Diesel. Show all posts

Petrol RON95 Turun 15 Sen Kepada RM1.60 Seliter Mac 2016

Leave a Comment
Petrol RON95 Turun 15 Sen Kepada RM1.60 Seliter

Berita terbaru yang didapati bahawa Datuk Alang Zari Ishak selaku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia mengesahkan berkenaan harga petrol dan diesel bagi bulan Mac 2016. Petrol RON95 Turun 15 sen kepada RM1.60 seliter.

Tambahan pula, minyak petrol RON97 juga telah turun sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter. Walaupun begitu, harga diesel masih lagi kekal pada harga RM1.35 seliter.

Harga pada bulan Februari 2016 adalah Rm1.75 seliter bagi RON95 dan bagi RON97 pula adalah RM2.05. Harga petrol dan diesel telah ditetapkan menerusi sistem apungan terurus bermula dari 1 Disember 2014.
Read More

Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Kekal Mei 2015

Leave a Comment
Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel

Sudah terang lagi bersuluh setelah berteka-teki di seluruh Malaysia berkenaan harga minyak yang telah pun diumumkan malam tadi. Ternyata harga runcit petrol RON 95, RON 97 dan Diesel bagi bulan Mei 2015 kekal pada harga yang sama.

Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada malam tadi. Berita penting ini juga mungkin juga berpunca daripada pelaksaan GST yang masih lagi kelam kabut sama ada sesuatu barang itu patut kena GST atau pun tidak. Tambahan pula, dua pilihan raya kecil yang akan diadakan di Rompin dan Permatang Pauh memungkinkan pengekalan harga runcit tersebut.

Harga-harga yang sama dikekalkan iaitu bagi petrol RON 95 kekal pada RM 1.95 seliter manakala RON 97 kekal pada harga RM 2.25 seliter. Diesel pula dikekalkan pada harga RM 1.95 seliter. Harga tersebut telah pun dikuatkuasakan bermula pada pukul 12.01 pagi 1 Mei 2015.

Semua rakyat berharap harga petrol dan diesel yang rendah dapat dikekalkan pada masa yang lama kerana perubahan yang berlaku pada setiap bulan akan menyukarkan pengguna untuk melaksanakan belanjawan keluarga pada setiap bulan. Justeru, pihak kementerian terbabit mesti mendengar keluh kesah rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
Read More

Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.70 Seliter Februari 2015

Leave a Comment
Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.70 Seliter Februari 2015

Bermula Februari 2015 ini, pihak kerajaan telah pun menurunkan harga runcit petrol sebanyak 21 sen bagi minyak RON95 dan sebanyak 11 sen RON97 yang berkuatkuasa mulai pukul 12.01 pagi ini. Justeru, harga minyak petrol semasa bagi RON95 ialah RM 1.70 seliter dan bagi RON97 pula sebanyak RM 2.00 seliter.

Tambahan pula, harga runcit diesel juga telah diturunkan sebanyak 23 sen menjadi RM 1.70 seliter. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Datuk Seri Hasan Malek.

Harga baru ini hanya berkuatkuasa bagi bulan Februari 2015 sahaja dan pihak kerajaan akan sentiasa memantau harga pasaran dunia untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
Read More

Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.91 Seliter Januari 2015

1 comment
Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.91 Seliter Januari 2015

Bermula tahun baru 2015 ini, pihak kerajaan telah pun menurunkan harga runcit petrol sebanyak 35 sen bagi minyak RON95 dan RON97 yang berkuatkuasa mulai pukul 12.01 pagi ini. Justeru, harga minyak petrol semasa bagi RON95 ialah RM 1.91 seliter dan bagi RON97 pula sebanyak RM 2.11 seliter.

Tambahan pula, harga runcit diesel juga telah diturunkan sebanyak 30 sen menjadi RM 1.93 seliter. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Datuk Seri Hasan Malek.

Harga baru ini hanya berkuatkuasa bagi bulan Januari 2015 sahaja dan pihak kerajaan akan sentiasa memantau harga pasaran dunia untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
Read More

Harga Petrol RON 95 dan Diesel Naik 20 Sen

Leave a Comment
Harga Petrol RON 95 dan Diesel Naik 20 Sen

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu KPDNKK telah pun mengumumkan bahawa subsidi petrol RON95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter yang mula dikuatkuasakan pada pukul 12.01 pagi yang bertarikh 2 Oktober 2014.

Justeru, harga runcit baharu untuk petrol RON95 adalah sebanyak RM2.30 seliter manakala harga diesel pula adalah sebanyak RM2.20 seliter. Rata-rata pengguna mengeluh dengan kenaikan ini yang akan memberi bebanan kepada diri sendiri dan keluarga.
Read More

Harga RON95 dan Diesel Naik 20 Sen

Leave a Comment
Harga RON95 dan Diesel Naik 20 Sen

Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Kebanyakan stesen minyak telah diserbu pemilik kenderaan untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing.

Ia seperti suasana di rumah terbuka Aidilfitri sebelum harga baru berkuat kuasa.
Read More