Program Rumah Transit di Pinggiran Bukit Jalil Mulai 2014

Leave a Comment
Program Rumah Transit di Pinggiran Bukit Jalil Mulai 2014

632 unit Program Rumah Transit bagi pasangan baru berkahwin dan berpendapatan bawah RM3,000 akan dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil.   

Sewanya ialah RM250 sebulan sehingga dua tahun dan tidak dibenarkan disewa kepada orang lain.
    
Rumah berkeluasan 650 kaki persegi dilengkapi dengan kipas, lampu, lantai jubin dan kad akses lif.
    
Terdapat juga sistem kamera litar tertutup, pondok pengawal keselamatan, kawasan berpagar, unit komuniti bomba, unit penjagaan kanak-kanak, surau dan ruang serbaguna.
    
Lebih kurang 6,000 pemohon dikenal pasti layak untuk dinilai bagi menduduki rumah transit tersebut.
    
Syaratnya ialah warganegara Malaysia berkahwin berusia 30 tahun ke bawah, pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur, tinggal dan bekerja di Lembah Klang serta tiada rekod jenayah.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: