Serangan buaya di Sarawak berterusan apabila seorang mangsa hampir dibaham reptilia ganas di Sungai Santubong, Pending Industrial Estate.
Kejadian pada pukul 8 pagi, seorang buruh binaan warga Indonesia dikenali sebagai Paie berumur 32 tahun terpaksa bergelut selama satu minit dengan seekor buaya dipercayai spesis jejulong sebelum berjaya melepaskan diri.
Lelaki yang berasal dari Kepulauan Jawa itu dikatakan sedang mencangkung di tebing sungai untuk membuang air besar namun belum sempat melepaskan ’hajat’, punggungnya digigit buaya sepanjang kira-kira dua meter.
Paie yang ditemui di Hospital Umum Sarawak memberitahu bahawa sebelum kejadian, dia berseorangan turun ke tebing sungai berhampiran rumah kongsi untuk membuang air besar.
Dia bernasib baik dapat berpaut pada batang besi di sebelahnya dan bertahan ketika cuba ditarik buaya ke dalam sungai.
Rontaan dan pautan pada besi menyebabkan buaya tersebut mengalah dan melepaskan gigitan sebelum dia melompat ke daratan bagi menyelamatkan diri.
0 comments:
Post a Comment