Selangor Juara Piala Malaysia Cuti Umum 14 Disember 2015

Leave a Comment
Selangor Juara Piala Malaysia Cuti Umum 14 Disember 2015

Selangor juara Piala Malaysia cuti umum 14 Disember 2015 yang telah pun mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.

Cuti umum pada hari Isnin ini diberikan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para penyokong pasukan Gergasi Merah. Pasukan bola sepak telah mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negeri Selangor.

Kemarau panjang selama 10 tahun telah ditamatkan oleh pasukan bola sepak Selangor apabila berjaya mengalahkan pasukan Kedah dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Tambahan pula, misi 33 telah berjaya disempurnakan di mana kerajaan negeri telah mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor. 

Selangor juara Piala Malaysia cuti umum 14 Disember 2015 di mana kedua-dua pasukan Selangor dan Kedah telah mempamerkan permainan yang baik dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Kerajaan negeri Selangor juga menghargai sokongan yang bagus daripada penyokong Gergasi Merah dan Helang Merah yang telah memenuhkan Stadium Shah Alam dengan penuh semangat yang tinggi.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: