Serpihan Sayap Flaperon Sah Milik MH370

Serpihan Sayap Flaperon Sah Milik MH370

Berita terbaru yang diketahui bahawa pakar penyiasatan dari Malaysia telah pun mengesahkan bahawa serpihan sayap pesawat Boeing 777 atau pun flaperon adalah milik MH370.

Flaperon ini telah ditemui di Pulau Reunion, Perancis pada bulan Julai 2015 dan dinilai berdasarkan kepada beberapa ciri yang ada pada bahan tersebut.

Tambahan pula, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa penyiasat terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS telah mengenal pasti berdasarkan kepada rekod penyelenggaraan.

Warna flaperon yang terdapat juga adalah sama seperti MH370 dan juga maklumat-maklumat teknikal yang lain adalah sama.

Mesyuarat bersama yang akan dilaksanakan di antara Malaysia, Australia dan China akan diadakan secepat mungkin untuk membincangkan fasa pencarian yang seterusnya. Fasa pencarian akan ditentukan sama ada akan diteruskan di lokasi sekarang ini atau pun akan diubah ke lokasi yang baharu.
1 Komentar untuk "Serpihan Sayap Flaperon Sah Milik MH370"

setelah sekian lama hilang...alhamdulillah kalau betul tu sayap MH370..Semoga urusan mencari keseluruhan kapal dipermudahkan Allah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top