Bakteria Salmonella Mencemari Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin

1 comment
Bakteria Salmonella Mencemari Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin

Bakteria salmonela dikenal pasti terdapat dalam ayam goreng masak merah yang disediakan sehingga menyebabkan kematian.

Sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai didapati sudah busuk.

Hasil siasatan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

Penyimpanan yang tidak sesuai selepas digoreng mungkin menyebabkan bakteria merebak dan kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak.

Individu yang terkena jangkitan berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

Mangsa akan kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian jika lambat menerima rawatan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

KongsiBlog said...

yang ni gambar salmonella..
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b4/SalmonellaNIAID.jpg/220px-SalmonellaNIAID.jpg