Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts

Bakteria Salmonella Mencemari Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin

1 comment
Bakteria Salmonella Mencemari Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin

Bakteria salmonela dikenal pasti terdapat dalam ayam goreng masak merah yang disediakan sehingga menyebabkan kematian.

Sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai didapati sudah busuk.

Hasil siasatan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

Penyimpanan yang tidak sesuai selepas digoreng mungkin menyebabkan bakteria merebak dan kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak.

Individu yang terkena jangkitan berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

Mangsa akan kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian jika lambat menerima rawatan.
Read More

3 Tetamu Majlis Kenduri Kahwin Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan

Leave a Comment
3 Tetamu Majlis Kenduri Kahwin Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan

Hidangan ayam masak merah dipercayai menjadi punca tiga tetamu meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah.

Mangsa ialah Mohd Nor Rahmat Yusuf berumur 11 tahun, Nurshazana Mohd Rashid berumur 24 tahun dan Ibrahim Mohamad berumur 62 tahun.

Dua lagi lelaki termasuk seorang kanak-kanak berada dalam kritikal di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

35 orang masih menerima rawatan di HSAH, 30 orang lagi dirawat di Hospital Yan, seorang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan empat orang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di HSB.
Read More

Kenduri Kahwin Tanpa Pengantin

Leave a Comment
Kenduri Kahwin Tanpa Pengantin

Majlis perkahwinan bertukar menjadi kenduri doa selamat selepas pengantin perempuan menghilangkan diri tiga hari sebelum dinikahkan.

Norazlina Ismail berumur 23 tahun sepatutnya diijab kabul dengan tunangnya tetapi terpaksa dibatalkan selepas dia gagal pulang ke rumah.

Kehilangan anak kelima daripada enam beradik itu disedari selepas dia gagal pulang ke rumah mereka di Taman Pekatra, Simpang Ampat.

Dia tiada masalah dengan keluarga atau tunangnya dan Norazlina mahu mengahwini lelaki itu kerana mereka sudah tiga tahun mengikat tali pertunangan.
Read More

Sanggup Bayar Ganti Rugi Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

Leave a Comment

Sanggup Bayar Ganti Rugi Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

Pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan di sini memohon maaf sambil sedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada majlis kenduri sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di mana Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi.

Kejadian itu memang mengejutkan kerana ia kejadian pertama selepas 20 tahun keluarganya menerima tempahan memasak sajian kenduri di negeri ini.

Lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada pukul 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi.

Semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama.

Mereka minta maaf dan bersedia membayar ganti rugi bagi semua lauk yang basi.

Artikel Hangat Terkini :

Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012

Read More

Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

3 comments

Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi

Kemeriahan majlis persandingan pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Teluk Bahang bertukar kelam kabut apabila lauk-pauk yang disajikan telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai berumur 21 dan suaminya, Nazli Che Amat berumur 22 yang merupakan kakitangan sebuah syarikat swasta terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.

Pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta berkata peristiwa memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

p/s: Jangan Lupa LIKE page Berita Semasa Online

Artikel Hangat Terkini :

12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Nikah 28 Disember 2012
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Lamborghini Aventador Roadster RM 3 Juta

Read More