Ana Raffali Selamat Bernikah

Leave a Comment


Penyanyi Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 26, atau lebih dikenali sebagai Ana Raffali selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30.

Beliau dinikahkan oleh bapanya, Mohd. Raffali Mohd. Nor, disaksikan oleh juru nikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat tengah hari tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, Ana dan Aznaim sah sebagai suami isteri. Pada majlis yang sama, Ana menerima tujuh dulang hantaran, dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Ana turut menerima wang hantaran berjumlah RM11,412, berserta set barangan kemas, manisan, sirih junjung, coklat serta kelengkapan solat.

Uniknya majlis Ana dan Naim, duit hantaran RM11,412 juga diangkat sebagai mas kahwin.

Ketika ditemui, pasangan pengantin baru ini berkata, mereka akan mengunjungi saudara mara pengantin lelaki di Kelantan sebagai destinasi bulan madu mereka.

Sumber : Utusan
Read More

Restoran Sekinchan Ikan Bakar Tawar Hadiah Daftar Sebagai Pengundi

Leave a Comment


Restoran Sekinchan Ikan Bakar cawangan Setiawangsa menjemput orang ramai terutamanya mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk memeriahkan Kenduri Jom Daftar Undi yang diadakan di Laman Pengantin restoran itu Ahad ini.

Kenduri itu bertujuan menarik orang ramai yang belum mendaftar sebagai pemilih, segera mendaftar bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab menentukan masa depan negara.

Pemilik restoran, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, langkah tersebut merupakan tanggungjawab sosial pihaknya kepada masyarakat.

Mereka yang hadir dan mendaftar sebagai pengundi berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa sebuah motosikal Modenas Kriss, barangan elektrik, telefon bimbit dan hamper, selain disajikan dengan makanan tengah hari ala kenduri secara percuma.
Read More

11 April Cuti Umum Sempena Pertabalan Agong

Leave a Comment

Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Sumber : Kosmo
Read More

Yusri KRU dan Lisa Surihani Sah Bergelar Suami Isteri

Leave a Comment

yusry

Yusry Abdul Halim sah menjadi suami pelakon, Lisa Surihani dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.10 malam ini.

Majlis dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut tradisi Melayu lama di Ballroom Hotel Marriot di sini.

Pasangan dinikahkan oleh Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima sebentuk cincin dan seutas rantai sebagai tanda upacara membatal air sembahyang manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.

Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa, sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat.

Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa.

Sumber : Sinar Harian

Read More

Barcelona menang dengan Bayer Leverkusen 3-1

Leave a Comment


Dua jaringan Alexis Sanchez memastikan kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Bayer Leverkusen dalam saingan pusingan pertama Liga Juara-juara Eropah pagi tadi sekali gus mencerahkan peluang penyandang gelaran itu untuk mara ke suku akhir.

Lionel Messi sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempamerkan kemahiran mengawal bola untuk menjaringkan gol ketiga kelab itu.
Read More

Rooney Terkejut Capello Letak Jawatan

Leave a Comment


Wayne Rooney mengakui beliau terkejut melihat Fabio Capello meletakkan jawatan sebagai pengurus skuad bola sepak England yang berkuat kuasa hari ini. 

Capello meletakkan jawatan berikutan keengganan menerima keputusan mesyuarat dengan Ketua Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris di Wembley yang menggugurkan John Terry sebagai kapten England.
Read More

Dapat Kembar Empat Selepas Tiga Tahun Menanti

Leave a Comment


Penantian sepasang suami isteri, Norbazilah Amin, 27, dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, untuk memiliki cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan kembar empat pada 14 Oktober lalu.

Kembar empat tidak seiras itu, terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat mereka, Norbazilah, yang bekerja sebagai jururawat di PPUM terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.

"Ini kerana kesihatan yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya sering berulang-alik ke PPUM untuk mendapat pengawasan rapi daripada doktor.

"Saya tidak boleh makan dan hanya minum untuk mengalas perut yang lapar. Akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar empat itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas, di sini semalam.

Menurutnya, kesukaran bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan semua anaknya.

"Meskipun pada mulanya agak kelam-kabut kerana anak-anak saya akan terjaga selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu, tetapi sekarang sudah biasa ditambah pula suami banyak membantu," katanya.

Mereka memperoleh empat bayi sekali gus selepas menjalani rawatan permanian beradas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, doktor memberitahu bahawa potensi untuk hamil dengan cara itu hanya 10 peratus tetapi dia amat terkejut selepas usia kandungan mencecah lapan minggu apabila dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.

Pasangan berkenaan bersyukur dikurniakan empat cahaya mata yang mempunyai karakter berbeza dan kini menjadi penyeri rumah tangga mereka.

Norbazilah dan suami yang menetap di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor terpaksa membawa empat bayi tersebut ke kediaman bapanya, Amin Zainal Abidin, 62, dan ibu, Rohana Sintal, 55, untuk dijaga oleh mereka.

"Saya tidak punya pembantu rumah dan terpaksa membawa semua bayi saya ke kampung supaya ibu bapa saya dapat membantu menjaganya," katanya.

Sumber : Utusan
Read More

Tabung Haji Umum Bonus Pendeposit 2011

Leave a Comment


Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus kepada pendeposit sebanyak enam peratus bagi 2011. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengumumkan perkara itu, berkata ia adalah kenaikan 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Read More

Harimau Malaya baham Red Warriors 5-0

Leave a Comment


Harimau Malaya nyata bukan tandingan sebenar, Kelantan apabila menang mudah, 5-0 ke atas juara Liga Super itu dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Lima gol skuad kendalian Datuk K Rajagobal terhasil menerusi Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36, Shahurain Abu Samah (42), S Kunanlan (65), Abdul Hadi Yahya (78) dan Mohd Izuan Salahudin (90).

Skuad Harimau Malaya kini berkumpul dan berlatih sebagai persiapan awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini.
Read More

Hantu Kak Limah Balik Rumah Kena Rompak

Leave a Comment


Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

Dia melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan milik dia.

Pada masa itu dia tersedar yang dia telah dirompak.


Sumber : Metro
Read More