Bapa Goncang Bayi Sampai Koma


Bapa Goncang Bayi Sampai Koma

Seorang bapa kandung bertindak kejam dengan menggoncangkan bayi perempuan berusia 38 hari dengan kuat sehingga terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Bayi tersebut bernama Sofia Juliana dimasukkan ke hospital pada jam 5 pagi Isnin yang lalu selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri akibat didera oleh bapanya yang berusia 20-an dan juga ditepuk belakang badan dengan kuat.

Bapanya marah kerana bayi tersebut tidak berhenti menangis.

Turut dipercayai juga ibu mangsa, Junita Mahamud yang berumur 23 tahun akan dipukul suaminya sekiranya dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.

Artikel Hangat Terkini :

Tag : Bayi, Koma
0 Komentar untuk "Bapa Goncang Bayi Sampai Koma"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top