500,000 Unit Komputer Riba 1Malaysia (Netbook) Ditambah


500,000 Unit Komputer Riba 1Malaysia (Netbook) Ditambah

Sebanyak 500,000 unit komputer riba (Netbook) lagi akan diagihkan sebagai tambahan kepada sejuta unit yang diperuntukan di bawah Program Komputer Riba 1Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 1.5 juta unit.
   
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata tambahan itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM1.5 bilion semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat.
    
Program Komputer Riba 1Malaysia diumum selaras pelancaran Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi pada 2010.
   
Sehingga September lepas, sebanyak 754,446 unit Komputer Riba 1Malaysia telah diagihkan di seluruh negara.

Artikel Hangat Terkini :

0 Komentar untuk "500,000 Unit Komputer Riba 1Malaysia (Netbook) Ditambah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top