Selamat Hari Lahir Yang Ke 25

Leave a Comment
Selamat hari lahir yang ke 25 kepadaku pada 19 November 2010. Syukur kepada Allah kerana matlamat-matlamat yang dirancang sudah pun tercapai. Semoga matlamat-matlamat yang seterusnya akan dipermudahkan, berada dalam keadaan sihat sejahtera & berbahagia selalu di samping keluarga tercinta. Amin....
Read More

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

1 comment

Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

Sumber : Kosmo
Read More

Banjir: Lebih ramai dipindahkan di Kota Setar

Leave a Comment
Keadaan banjir di daerah Kubang Pasu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus berkurangan tetapi jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kota Setar terus meningkat.

Sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 32,066 orang daripada 7,938 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan di empat daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, di daerah Kota Setar, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan semakin meningkat iaitu 21,058 orang dengan jumlah keluarga 5,050 berbanding 19,591 orang petang semalam.


Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula terus berkurangan dengan jumlah terkini ialah 9,351 orang daripada 2,591 keluarga berada di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di daerah Pokok Sena ialah 1,413 orang daripada 234 keluarga dan di Pendang seramai 244 orang melibatkan 63 keluarga.

Katanya, sebanyak 83 buah pusat pemindahan masih dibuka iaitu 45 buah di daerah Kota Setar, 34 di Kubang Pasu, tiga di Pokok Sena dan satu di Pendang.


Sementara itu, tinjauan di sekitar bandaraya Alor Setar pagi ini mendapati kebanyakkan jalan utama yang menghubungkan ke pusat bandar sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.


Air di kawasan sekitar bandar raya ini mulai surut sejak lewat malam tadi. - Bernama
Read More

Banjir di Kedah Makin Buruk

Leave a Comment
Banjir yang melanda negeri ini tidak menampakkan tanda-tanda akan pulih malah jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada 28,569 orang berbanding 25,000 semalam.

Keadaan banjir menjadi semakin buruk di daerah Kota Setar apabila air mula melimpah memasuki kawasan bandar dan taman-taman perumahan yang sebelum ini tidak pernah dilanda bencana alam itu.

Jumlah penduduk yang dipindahkan di daerah berkenaan melonjak kepada 8,184 orang berbanding 1,788 semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, sebanyak 105 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dengan Kubang Pasu sebanyak 46 pusat, Padang Terap (35), Kota Setar (15), Pokok Sena (lapan) dan Pendang (satu).

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan turut menunjukkan peningkatan di daerah Kubang Pasu iaitu seramai 15,648 orang dan Pokok Sena (1,824) berbanding hanya 1,259 orang, semalam.

Sementara itu di Pendang, seramai 176 penduduk dipindahkan manakala di Padang Terap banjir mula surut dan hanya 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,105 orang, semalam.

Banjir juga meragut dua lagi nyawa apabila dua kanak-kanak, Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam tali air di Tanjung Bendahara di sini.

Ia menjadikan jumlah kehilangan nyawa setakat ini tujuh orang termasuk seorang remaja di Perlis yang masih belum ditemui sejak semalam.

Beberapa jalan utama masih ditutup kepada lalu lintas antaranya Jalan Alor Setar-Kangar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru, Jalan Alor Setar-Kepala Batas, Jalan Hutan Kampung-Kepala Batas dan Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang.

Sumber : Utusan
Read More