Showing posts with label Rekod Dunia. Show all posts
Showing posts with label Rekod Dunia. Show all posts

Alan Eustace Cipta Rekod Terjunan Tertinggi di Dunia 41148 meter

1 comment
Alan Eustace Cipta Rekod Terjunan Tertinggi di Dunia 41148 meter

Seorang eksekutif Google telah pun mencipta rekod apabila terjun daripada udara tertinggi di dunia dengan ketinggian 41,148 meter.

Alan Eustace yang berumur 57 tahun ialah Naib Presiden Kanan Ilmu Pengetahuan Google membuat terjunan untuk menjayakan projek eksplorasi dari ruang atmosfera melebihi ketinggian 30,480m dengan pakaian seorang angkasawan yang direka khas.

Kelajuan 304m seminit direkodkan iaitu keseluruhan terjunan mengambil masa selama dua jam 30 minit. Alan Eustace berada di lapisan stratosfera lebih kurang 30 minit.


Lima minit diperlukan bagi terjunan bebas semasa masuk ke lapisan atmosfera dan membuka payung terjun pada ketinggian 5,486m.

Felix Baumgartner merupakan pemegang rekod sebelum ini membuat terjunan pada ketinggian 39,014m di New Mexico pada tahun 2012.
Read More

408 Belon Udara Panas Pecah Rekod Dunia

Leave a Comment
408 Belon Udara Panas Pecah Rekod Dunia

408 buah belon udara panas mengambil bahagian untuk mencipta rekod baharu dunia di Chambley.

Semua belon itu berlepas dari sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Chambely untuk mencipta rekod pelepasan belon udara panas paling banyak di dunia.

Ia berlangsung di Festival Belon Udara Panas Antarabangsa Lorraine Mondial bertempat di Chambley-Bussieres Aerodrome di Perancis.

Keadaan langit menjadi sangat luar biasa dan penuh warna-warni apabila belon-belon dilepaskan.
Read More