Showing posts with label Hujan. Show all posts
Showing posts with label Hujan. Show all posts

Pembenihan Awan Ikhtiar Hasilkan Hujan

Leave a Comment
Pembenihan Awan Ikhtiar Hasilkan Hujan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Meteorologi Malaysia bersedia bagi melakukan pembenihan awan.

Strategi telah pun dirancang tetapi tiada awan yang sesuai untuk berbuat demikian.

Peluang yang ada akan digunakan untuk menyasarkan di tempat yang sepatutnya iaitu di empangan di seluruh negara yang mencapai tahap kritikal akibat cuaca panas yang berleluasa.
Read More

Hujan di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan hingga Rabu

Leave a Comment
Hujan di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan hingga Rabu

Hujan sekejap-sekejap dan kadang-kadang lebat di Terengganu dan Pahang dijangka akan berterusan sehingga hari Rabu ini.

Daerah-daerah terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Di negeri lain pula, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor juga dijangka berterusan hingga Rabu.

Daerah-daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang di Kelantan. Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu di Terengganu. Padang Besar, Kangar dan Arau di Perlis. Baling, Sik, Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah serta Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Ia boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
Read More