Showing posts with label Helikopter. Show all posts
Showing posts with label Helikopter. Show all posts

Kemalangan Helikopter Terhempas di Semenyih Selangor

Leave a Comment

Kemalangan Helikopter Terhempas di Semenyih Selangor


Berita terbaru yang diketahui bahawa sebuah helikopter telah pun terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor. Kemalangan tersebut terjadi ketika cuaca hujan dan angin kencang.

Pihak Bomba dan Penyelamat Kajang memberitahu bahawa mereka menerima panggilan kecemasa pada pukul 4.57 petang dan maklumat awal diketahui bahawa helikopter itu terhempas pada pukul 4.55 petang ini.

Tambahan pula, tiga pasukan Bomba dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah pun dikejarkan ke kawasan yang terlibat. Helikopter tersebut adalah milik swasta S 365 (Solitaire Services) yang sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Menurut sumber berita, keenam-enam mayat yang terlibat sudah pun ditemui termasuklah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Kesemua mayat telah di bawa ke Hospital Kajang. Siasatan yang terperinci akan dilaksanakan untuk mengenal pasti punca helikopter itu terhempas.
Read More

Helikopter Nuri Terhempas di Pulau Perak

Leave a Comment
Helikopter Nuri Terhempas di Pulau Perak

Pendaratan cemas helikopter Nuri kendalian Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi mungkin disebabkan oleh masalah teknikal.

Ianya terjadi kira-kira jam 11.25 pagi melibatkan empat daripada enam kru dan penumpang yang menaiki helikopter Sikorsky cedera termasuk seorang dikatakan patah tangan. 

Helikopter daripada Butterworth, Pulau Pinang tersebut sedang bertugas menghantar logistik kepada anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan. 

Menurut sumber, pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana keadaan angin kuat menyebabkan helikopter hilang kawalan dan terhempas di kawasan berbatu.
Read More

Md Zhafran Lamar Fouziah Gous Atas Helikopter

Leave a Comment
Md Zhafran Lamar Fouziah Gous Atas Helikopter

Kisah cinta antara Fouziah Gous dengan Md Zhafran Md Yusof mendapat perhatian umum beberapa bulan lalu dan Fouziah mengumumkan khabar gembira iaitu dirinya sudah dilamar dan bakal bertunang pada Sabtu ini.

Pelakon cantik tersebut dilamar dengan cara istimewa serta menaiki helikopter.

Beliau menulis berada di Lapangan Terbang Subang dan akan terbang tinggi bersama dengan Zhafran.

Beliau juga berkongsi gambar di Instagram dengan menulis kapsyen , “this lady just got proposed. Will you marry me".
Read More