Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Hukum Hudud Diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan

1 comment
Hukum Hudud Diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan

Setelah sekian kalinya perkara ini diperkatakan maka pelaksaan hukum hudud di Kelantan akan menjadi kenyataan setelah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015 telah pun diluluskan secara keputusan penuh di Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum proses ini akan di bawa ke Parlimen.

Tambahan pula, ianya menjadi peristiwa yang bersejarah kerana membabitkan keputusan 100% yang dibuat bersama oleh 44 Ahli DUN Kelantan termasuklah daripada Barisan Nasional seramai 12 orang manakala ADUN tunggal Parti Keadilan Rakyat.

Selain itu, Kelantan kekurangan seorang ADUN disebabkan oleh kematian ADUN Chempaka iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berlaku pada 12 Februari 2015.

Datuk Ahmad Yaakob selaku Menteri Besar Kelantan menyatakan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan pergulungan dalam sidang DUN.

Sejarah telah pun dicatatkan yang bukan ditulis di handsard tetapi yang lebih penting akan menyentuh jiwa raga seterusnya percaya bahawa undang-undang tersebut merupakan perkara yang terbaik untuk membendung kegiatan jenayah pada masa kini.
Read More

Barisan Nasional Kekal Kerajaan Pusat

Leave a Comment

Barisan Nasional Kekal Kerajaan Pusat

 
Barisan Nasional (BN) berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen.

Daripada 89 kerusi itu, Pas memperoleh 21 kerusi, PKR 30 manakala DAP 38.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Read More