Seorang penumpang bas yang berkemungkinan tidak siuman telah menikam seorang pemandu bas Rapid Penang. Kejadian tersebut berlaku di Relau yang mengakibatkan pemandu bas tersebut cedera parah.
Pemandu bas yang bernama Aisyamudin Yaacob berumur 26 tahun sedang memandu ketika kejadian pada pukul 7 pagi. Tiba-tiba penumpang tersebut menikam paha kanan pemandu berkali-kali. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh beberapa penumpang lain di dalam bas.
Siasatan pihak polis telah mendapati bahawa wanita tersebut yang duduk berhampiran dengan pemandu bas telah bangun lalu menikam pemandu bas. Bas tersebut berhenti dan wanita yang terlibat telah melarikan diri.
Ianya berlaku dengan pantas sehinggakan penumpang di dalam bas tersebut tidak sempat untuk menghalang wanita tersebut bertindak sedemikian dan mengejar wanita tersebut yang melarikan diri.
0 comments:
Post a Comment