Jeralean Talley Wanita Berumur 115 Tahun

Leave a Comment

Jeralean Talley Wanita Berumur 115 Tahun

Wanita kedua tertua di dunia di Amerika Syarikat telah pun menyambut hari lahirnya yang ke-115.

Jeralean Talley dilahirkan pada 23 Mei 1899 merupakan yang kedua tertua selepas Misao Okawa yang berumur 116 tahun.

Talley dilahirkan di Montrose, Georgia dan kemudiannya berpindah ke Michigan pada tahun 1935. Beliau mempunyai seorang anak dengan suaminya iaitu Alfred yang telah meninggal dunia pada tahun 1988.

Talley masih boleh berjalan dengan bantuan tongkat walaupun beliau telah pun berusia lebih 100 tahun.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: