Lee Chong Wei dan Nicol Ann David Raih Gelaran Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang

Leave a Comment
Lee Chong Wei dan Nicol Ann David Raih Gelaran Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang


Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang 2011. Anugerah ini dirangkul mereka selama empat musim berturut-turut.

Mereka tidak dapat hadir untuk menerima anugerah berkenaan daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Anugerah Sukan 2011 di Hotel Traders.

Chong Wei diwakili Presiden Persatuan Badminton Pulau Pinang Dr Koay Ban Hing manakala Nicol diwakili bapanya, Desmond David, 65, menerima anugerah itu.

Chong Wei dan Nicol menerima piala pusingan, piala iringan, sijil penghargaan dan wang tunai RM3,000.

Artikel Hangat Terkini :

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: