Skuad bola sepak Bawah 23 tahun negara memulakan kempen
jelajah Australia dengan nota positif apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas
Sydney FC, semalam.
Pemain tengah, K.Gurusamy membuka jaringan pada babak
pertama menerusi sepakan percuma dari luar kotak sebelum Ahmad Hazwan Bakri
yang baru pulang daripada kecederaan membuktikan ketajaman di depan gawang
dengan menambah dua gol pada babak kedua.
0 comments:
Post a Comment