Al-Quran Dalam Bahasa Dunia

Leave a Comment

Tanggal 17 Ramadan 610 Masihi menjadi detik permulaan kalam Allah, al-Quran diturunkan. Kitab suci ini diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril, wahyu Ilahi yang membacakan surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w di gua Hira'. Turunnya ayat suci yang pertama ini turut menjadi lambang kerasulan baginda.

Secara beransur-ansur selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah, sempurnalah ia disampaikan. Ayat terakhir, ayat 281 surah al-Baqarah diturunkan sembilan hari sebelum kewafatan Rasulullah. Apabila baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir, mukjizat agung tinggalan baginda hanyalah kitab suci al-Quran, selain al-hadis yang menjadi pedoman dan panduan umat Islam seluruh dunia sehingga ke akhir zaman.

Hari ini, Islam telah berkembang luas. Merentasi benua dan merentasi sempadan bangsa. Meskipun al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, namun usaha untuk memahami pengertiannya menjadi milik semua umat manusia.

Namun, bukan semua orang memahami bahasa Arab. Berikutan itu, terbitlah naskhah-naskhah terjemahannya dalam pelbagai bahasa di dunia. Semoga dengan itu, kalam Allah dapat lebih dihayati dan bukan sekadar dialun dalam bacaan semata-mata.

Antaranya ialah Albania, Melayu, Indonesia (Basa Mandar), Burma, China, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Filipina (Iranon), Jepun, Portugis, Korea, Kazakhstan, Macedonia dan Rusia.

Selain itu, ia turut diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia, Bosnia, Somali, Urdhu, Zulu, Thailand, Icelandic, Inca (Peru), Yunan, Tamil, Sind, Malayalam, Telugu, Turki dan banyak lagi.

Sumber : Kosmo

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: