Masih Enggan Jual Tiket

Leave a Comment
Kebanyakan syarikat bas di stesen Putra dan Puduraya masih enggan menjual tiket bas untuk perjalanan Aidilfitri atas alasan tidak mempunyai arahan hitam putih Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Semalaysia (PMBOA).

Menurut jurucakap mereka di kaunter, tindakan tersebut terpaksa diambil walaupun kerajaan telah mengumumkan kelulusan kenaikan surcaj sebanyak 30 peratus ke atas harga tiket bagi mengurangkan beban kos operasi bas ekoran kenaikan harga bahan api dan penyelenggaraan.

Seorang petugas syarikat Causeway Link, Tay Cheng Hoe, 55, berkata, sehingga semalam mereka masih belum menerima sebarang arahan rasmi PMBOA berhubung perkara itu.

“Mungkin ambil masa sikit kerana tiket perlu dicetak mengikut harga baru,” katanya sambil memberitahu pengenaan surcaj itu akan menyebabkan harga tiket setiap destinasi akan naik RM6.

Semalam Kosmo! melaporkan, PMBOA memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiket raya akan mula dijual mengikut harga baru mulai semalam.

Ini ekoran pengumuman kerajaan kelmarin yang menetapkan untuk membenarkan pengenaan 30 peratus surcaj bagi perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti untuk musim perayaan ini bagi tempoh sebulan, bermula 15 September ini.

Seorang lagi petugas kaunter bas lain menjangkakan tiket bas akan dijual mulai minggu depan.

Berita : Kosmo

p/s -> nasib baik la dah dapat beli tiket....bas trans....harga pun naik sbb 30% tambahan......

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: