Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Juara Debat Antara Universiti

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Juara Debat Antara Universiti

Berita yang menggembirakan apabila Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Juara Debat Antara Universiti. Kejohanan Debat Antara Universiti (Cambridge IV) telah diadakan di Universiti Cambridge, London, England.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah pun memaklumkan bahawa pasukan debat diwakili oleh Ameera Natasha Moore dari jurusan Undang-undang dan Mubarrat Wassey dari jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan. Lebih menggembirakan lagi apabila Mubarrat Wassey dipilih sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan.

Tiga pasukan lain telah ditewaskan oleh UIAM yang terdiri daripada Universiti Oxford, Universiti Toronto, Canada dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Format yang telah dilaksanakan adalah melibatkan debat empat penjuru.

Pertandingan ini telah diadakan pada 18 sehingga 19 November 2016 yang juga disertai oleh 100 pasukan di seluruh dunia termasuklah Universiti Harvard, Universiti Durham dan Kolej Diraja London.

Kemenangan ini merupakan kali kedua buat negara Malaysia selepas Universiti Teknologi Mara melalui pasukan debat telah berjaya menjadi juara pada tahun 2015.

Tambahan pula, UIAM telah pun berjaya menjadi juara bagi pertandingan debat berprestij dunia iaitu Kejohanan Debat Antara Universiti Australasian, Kejohanan Debat United Asian dan Kejohanan Debat Parlimen British Asia.

Pasukan debat ini sedang dalam persiapan untuk menyertai Kejohanan Debat Utama Dunia di Belanda pada Disember 2016.
1 Komentar untuk "Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Juara Debat Antara Universiti"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top