Wanita di Beijing Campak Anak Dari Tingkat 7 Pangsapuri

Leave a Comment
Wanita di Beijing Campak Anak Dari Tingkat 7 Pangsapuri

Berita mengejutkan yang diketahui bahawa seorang wanita di Beijing campak anak dari tingkat 7 pangsapuri. Anak lelaki yang berumur 2 tahun tersebut menjadi mangsa apabila wanita tersebut bergaduh dengan suaminya.

Kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut bergaduh melalui telefon disebabkan oleh suami wanita tersebut menuntut perceraian pada 14 Jun yang lalu.

Bapa kepada kanak-kanak itu menerima panggilan daripada jiran yang memberitahu bahawa anaknya telah dicampak dari pangsapuri dan keadaan anaknya tidak sedarkan diri. Bapa kanak-kanak itu tidak menyangka perbuatan isterinya yang sangat kejam ke atas anaknya.

Pasangan suami isteri itu telah berkahwin sejak 3 tahun yang lalu yang telah membeli pangsapuri mampu milik di daerah Hong’an, tengah wilayah Hubei.

Masalah kewangan yang melanda keluarga tersebut memungkinkan bapa kanak-kanak itu yang berumur 53 tahun bekerja di kilang di wilayah Guangdong selatan China kerana mendapat tawaran gaji yang lumayan.

Anak pasangan tersebut masih lagi berada di unit rawatan rapi dan pihak polis telah menahan ibu mangsa bagi melakukan soal siasat berkenaan kes terbabit.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: