Berita terbaru berkenaan dengan penetapan Hari Raya Puasa di mana tarikh melihat anak bulan Syawal 4 Julai 2016. Ianya pada petang hari Isnin yang bersamaan dengan 29 Ramadan 1437 Hijrah menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Tambahan pula, Majlis Raja-Raja telah pun bersetuju bahawa cara penetapan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan kepada rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam tersebut juga berkenaan dengan tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen.
Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:
JOHOR: Pontian Kecil
MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)
NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)
SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam)
PERAK: Pantai Pasir Panjang (Manjong)
PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh (Pantai Acheh)
KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar
TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)
KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Baharu)
SARAWAK: Tanjong Lubang (Miri), Teluk Bandung & Tanjung Batu (Kuching)
SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)
PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Brinchang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan)
LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur
PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat).
0 comments:
Post a Comment