Kotak Hitam Helikopter Terhempas di Semenyih Dijumpai

Kotak Hitam Helikopter Terhempas di Semenyih Dijumpai

Perkara penting yang melibatkan kemalangan helikopter terhempas di Semenyih Selangor iaitu kotak hitam telah pun dijumpai di tempat kejadian lebih kurang pukul 11.30 pagi tadi.

Kotak hitam tersebut masih lagi berada dalam keadaan yang baik dan telah pun diserahkan kepada pasukan siasatan khas Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Pasukan DCA telah menyimpan kotak hitam tersebut di bilik khas untuk melakukan analisis. Tambahan pula, pasukan forensik dan pasukan siasatan khas DCA juga menjumpai isi perut berkemungkinan daripada manusia, gigi palsu dan barangan-barangan peribadi lain.

Setakat ini pencarian dimulakan di dalam lingkungan 500 meter dari tempat utama helikopter terhempas dan seterusnya akan diperluaskan kawasan pencarian sehingga kesemua pihak berpuas hati dengan bahan bukti yang dijumpai.

Kawasan utama tersebut berbukit-bukau jadi ianya merupakan cabaran utama untuk mencari bahan bukti dan pihak bertanggungjawab akan berusaha sedaya upaya untuk mencari segala bahan bukti yang diperlukan untuk membantu siasatan.
0 Komentar untuk "Kotak Hitam Helikopter Terhempas di Semenyih Dijumpai"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top